Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Tech Gadget

Valve Steam Machine Bakal Dijual Setara PC Gaming, Bukan Harga Konsol

Konsol baharu Valve ini mengetengahkan prestasi premium tanpa strategi harga subsidi.

by Iffah Najwa
November 25, 2025
in Gadget, Gaming, PEEK DAILY, Tech
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Valve sekali lagi mencuri perhatian dunia gaming apabila mengesahkan bahawa Steam Machine, konsol baharu yang sedang dinanti ramai tidak akan hadir dengan harga subsidi seperti kebanyakan konsol arus perdana.

Sebaliknya, ia bakal dijual setara dengan harga sebuah PC gaming, menggambarkan fokus Valve terhadap prestasi premium dan integrasi sistem yang lebih ketat.

Tiada Harga Subsidi: Valve Pilih Model PC, Bukan Konsol

Dalam sesi bersama Youtuber SkillUp, jurutera Valve, Pierre-Loup Griffais, menjelaskan bahawa Steam Machine tidak ditawarkan pada harga rugi seperti stratehi PlayStation ataU Xbox.

Sebaliknya, harga konsol ini akan bergantung sepenuhnya pada kos komponen termasuk RAM DDR5 dan GPU AMD yang digunakan.

Kredit foto: Game Rant

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa Steam Machine bukan sekadar cuba bersaing sebagai “konsol murah”. Valve memilih pendekatan yang lebih reaalistik dari sudut ekonomi hardware, sambil menyasarkan prestasi premium tanpa kompromi.

Rekaan Premium Dengan Spesifikasi Padu

Steam Machine hadir dengan beberapa ciri teknikal yang membuatkannya setaraf, malah ada yang melangkaui PC gaming kelas pertengahan:

  • AMD Zen 4 6 teras/12 threads, mencecah 4.8 GHz
  • GPU RDNA 3 Semi custom, 28 CUs pada 2.45 GHz
  • Pilihan storan 512GB dan 2TB
  • Sokongan paparan sehingga 8K melalui DisplayPort
  • Sistem penyejukan senyap dalam rekaan kompak
  • Wireless & Bluetooth yang dioptimumkan untuk sambungan multi-controller
Kredit foto: Game Rant

Valve juga menekankan integrasi ketat antara hardware dan SteamOS, membolehkan pengalaman setup yang ringkas dan ekosistem yang serba lancar sekaligus untuk gamer yang inginkan kuasa PC.

Lebih Kuat Dari Steam Deck

Dengan kuasa lebih enam kali ganda berbanding Steam Deck, Steam Machine direka untuk melibas game AAA moden tanpa masalah.

Pemilik akaun Steam hanya perlu log masuk, dan seluruh perpustakaan game sedia untuk dimainkan tanpa sebarang konfigurasi yang rumit.

Sasaran Pelancaran & Harapan Pengguna

Steam Machine diumumkan pada 12 November lalu dan dijangka dilancarkan sekitar 2026. Walaupun harga rasmi masih belum diketahui, pasaran menetapkan jangkaan bahawa ia akan berada dalam lingkungan harga PC gaming mid-to-high range.

Ini mungkin membuat sebahagian pengguna console-minded tarik nafas panjang, tetapi buat gamer yang inginkan kuasa PC dalam bentuk konsol premium, Steam Machine berpotensi mengisi runag yang selama ini belum berjaya ditawan oleh pesaing lain.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.