Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

TVET Dapat Suntikan RM7.9 Bilion, Peluang Anak Muda Kuasai Bidang Kemahiran

by Ayu Ieranatasya
October 29, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diberi nafas baharu apabila kerajaan memperuntukkan RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Dana itu diagihkan kepada 12 kementerian, termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang terlibat dalam penyediaan ekosistem TVET negara.

Antara inisiatif utama termasuk penubuhan kolej vokasional baharu serta peluasan program latihan di bawah HRD Corp, yang memberi peluang kepada golongan belia menguasai kemahiran sejajar dengan kehendak industri semasa.

Pendekatan TVET kini turut menumpukan pada kemahiran berasaskan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), membuka ruang kepada generasi muda meneroka bidang digital yang pesat berkembang.

Permohonan kursus TVET di UP_TVET Perdana dibuka 14 April hingga 15 Jun

Menurut Pensyarah Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, IKM Kuala Lumpur, Syahrin Mohd Shahed, kebolehpasaran tinggi menjadikan TVET pilihan utama pelajar masa kini.

“Majikan kini mencari tenaga kerja hands-on yang benar-benar mahir dan memahami prosedur industri. Graduan TVET mampu terus bekerja kerana sudah terlatih mengendalikan mesin dan peralatan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, TVET bukan lagi dilihat sebagai laluan terakhir, sebaliknya laluan strategik bagi pelajar yang mahu menceburi bidang kemahiran secara serius.

Di IKM Kuala Lumpur, pelajar yang menamatkan program dua hingga tiga tahun boleh terus memasuki pasaran kerja, terutama dalam sektor pembuatan, automotif, elektrik dan teknologi hijau yang memerlukan ramai tenaga mahir.

KIni ramai graduan TVET berjaya menjadi usahawan, penyelia, pengurus teknikal, dan juga tenaga pengajar, malah ada yang membuka bengkel sendiri.

Sumber: Berita Harian

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

THE CUBE, SAVE US Tunda Pelancaran Akses Awal ke Suku Pertama 2026

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Foto: Apple Support

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

November 7, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.