PEEK DAILY, Trivia

Tular Kes Pick Pocket Di Bukit Bintang, Mangsa Rugi RM8,200 Dalam Sekelip Mata

Kecoh di media sosial apabila satu rakaman kejadian pick pocket di kawasan tumpuan pelancong iaitu Bukit Bintang, menjadi tular sejak semalam. Mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM8,200 selepas dompetnya dipercayai dicuri ketika berada berhampiran lampu isyarat Lot 10.

Menurut perkongsian pengguna media sosial Fifie Marzuki, kejadian berlaku di hadapan orang ramai dan disedari mangsa selepas mendapati dompet miliknya hilang. Dalam dompet tersebut terdapat wang tunai beranggaran RM3,200 serta dua keping Dinar.

“Tolong share ramai-ramai. Area Bukit Bintang, berhadapan dengan trafik light Lot 10. Jumlah kerugian RM8,200. Dalam wallet ada RM3,200 cash dan 2 Dinar shilling. Semoga orang ni kena tangkap secepat mungkin. Sebarang info sila hubungi Balai Polis Dang Wangi,” tulisnya di media sosial.

Rakaman pendek yang dikongsi di platform Threads itu menunjukkan suasana sesak di kawasan tersebut dengan kelibat individu disyaki mencuri barangan dari beg mangsa. Video itu kini tular dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk daripada pengguna yang mempersoalkan bagaimana kejadian itu boleh berlaku di tempat terbuka tanpa disedari.

“Masa merakam ni, kau tak nampak ke?” – komen seorang pengguna.

Menariknya, kejadian ini turut mendapat perhatian seorang netizen yang mendakwa dia pernah mengalami nasib yang sama di kawasan tersebut.

“Happened to me once at same location, lost my iphone and Dang Wangi police was best! Got my iphone back, but the thieves asked for duit minyak lol” katanya.

Rata-rata netizen mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila berada di kawasan tumpuan pelancong, terutama padawaktu malam atau ketika keadaan terlalu sesak.

Setakat ini, pihak Balai Polis Dang Wangi masih menyiasat laporan yang dibuat, dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kejadian ini menjadi peringatan buat semua agar tidak membawa wang tunai dalam jumlah besar, serta sentiasa berwaspada terhadap pergerakan orang sekeliling terutamanya di kawasan yang padat dengan pengunjung seperti Bukit Bintang.