Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Trailer Dah Viral, Kini Malam Terlarang Mula Menghantui Pawagam!

by Ayu Ieranatasya
October 30, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Filem seram yang paling dinanti tahun ini, Malam Terlarang, arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) dan terbitan Astro Shaw bersama Infinitus Gold Sdn. Bhd., akhirnya mula menghantui pawagam di Malaysia dan Brunei bermula hari ini, 30 Oktober!

Malam Terlarang | Latest TGV Cinemas Showtimes

Sebelum tayangan rasmi, Malam Terlarang sudah pun mencuri perhatian ramai apabila trailer penuhnya menjadi tular di media sosial. Rata-rata netizen memuji kualiti sinematografi, elemen seram dan lakonan mantap yang disifatkan setaraf dengan filem antarabangsa. Malah, ramai menganggap naskhah ini sebagai antara filem seram tempatan paling dinanti tahun ini.

Diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu), filem ini menampilkan gandingan hebat Shasha Abedul, Zul Ariffin, dan Sofia Jane, bersama barisan pelakon berpengalaman seperti Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat dan Haneesya Hanee.

Kisah Gelap Nafsu & Dosa Manusia

Pandang pertama filem seram terbaru Malaysia bertajuk Malam Terlarang  Dibintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Hasnul  Rahmat, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Diarahkan oleh Nurhanisham  Muhammad. Diterbitkan oleh

Berlatar tahun 1980-an di Kampung Pasir Larung, Malam Terlarang mengisahkan Mawar (Shasha Abedul), gadis yang terpaksa menangguhkan impian menjadi wartawan untuk menjaga ibunya, Sarimah (Sofia Jane). Namun, selepas kematian misteri dalam keluarganya, gangguan makhluk halus mula menghantui hidup mereka.

Dalam masa sama, bapanya Omar (Zul Ariffin) berdepan tekanan politik dan rahsia gelap yang selama ini disembunyikan. Rahsia demi rahsia terbongkar, membawa keluarga itu ke kancah kegelapan yang penuh mistik dan dosa silam.

Visual, Muzik & Arahan Bertaraf Antarabangsa

Arahan Labu menyerlahkan pengalaman visual luar biasa. Penggambaran di Pantai Morib dan Kuala Selangor mencipta suasana suram dan beremosi.
Muzik oleh MonoloQue, diserikan dengan nyanyian Zamzuriah Zahari, menambah keaslian babak ritual dan mencipta suasana “mistik hidup”.

Antara trivia menarik dimana penggambaran dilakukan berhampiran tanah perkuburan sebenar, malah beberapa kru dilaporkan mengalami kejadian pelik di set!

Sofia Jane & Zul Ariffin Serlah Sisi Baharu

Penampilan Sofia Jane dalam filem seram selepas lebih dua dekad membuktikan kelasnya masih berbisa. Sementara itu, Zul Ariffin tampil berbeza dengan watak ahli politik yang sarat emosi dan tekanan batin, menonjolkan sisi yang belum pernah dipamerkan sebelum ini. Gabungan Sofia, Zul dan Shasha menjadikan naskhah ini seimbang antara emosi, ketakutan dan kemanusiaan.

Filem ini akan ditayangkan serentak di Malaysia dan Brunei bermula 30 Oktober 2025. Jadi, kalau anda pencinta genre seram tempatan, Malam Terlarang wajib masuk dalam senarai tontonan anda minggu ini!

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.