Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Tiada UPSR & PT3 Bukan Bererti Tiada Peperiksaan, Tegas KPM

by Farah Fatihah
November 11, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
8
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Tvs

Walaupun ramai fikir sistem pendidikan negara kita dah “buang terus” peperiksaan, hakikatnya peperiksaan masih wujud dalam sistem hari ini.

Penjelasan itu datang sendiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, yang menolak dakwaan kononnya peperiksaan dah lupus sepenuhnya.

Menurut beliau, sistem pendidikan Malaysia masih berpandukan kepada peperiksaan, walaupun kini lebih banyak menekankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Di bawah PBS, ada tiga jenis penilaian utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik, dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Selain itu, pelajar juga masih perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) serta peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kalau ada yang kata sistem pendidikan kita sekarang dah tiada peperiksaan, itu tak betul,” tegas Dr Mohd Azam dalam satu temu bual bersama BH.

UPSR & PT3 Dah Tiada Tapi Peperiksaan Masih Ada

Untuk info, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021, diikuti PT3 pada tahun yang sama. Sejak itu, ada pihak yang gesa peperiksaan seperti UPSR dikembalikan semula termasuk dua bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang berpendapat peperiksaan penting bagi menilai tahap penguasaan pelajar sekolah rendah.

Namun, Dr Mohd Azam menjelaskan bahawa sistem sekarang masih mempunyai bentuk penilaian yang sama, cuma pengurusannya berbeza.

“UPSR, PT3 dan UASA semuanya bentuk pentaksiran. Bezanya cuma siapa yang uruskan. Kalau dulu Lembaga Peperiksaan (LP) urus, sekarang sekolah sendiri yang kendalikan,” jelasnya.

Beliau turut menambah, soalan UASA juga disediakan guru berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), sama seperti UPSR dan PT3 dahulu. Sekolah kini diberi autonomi untuk menyediakan soalan masing-masing, tapi masih mengekalkan standard yang sama di seluruh negara.

Fokus Bukan Lagi Pada Tekanan Peperiksaan

Menurut Dr Mohd Azam, pendekatan baru ini dapat kurangkan tekanan orientasi peperiksaan terhadap pelajar, terutamanya di peringkat rendah.

“UASA bukan untuk masuk universiti. Ia sekadar membantu ibu bapa dan pihak sekolah menilai perkembangan akademik pelajar,” katanya lagi.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa ketiadaan UPSR dan PT3 menyebabkan pelajar jadi leka belajar atau terjebak dengan gejala sosial.

“Hanya sebilangan kecil saja yang terbabit dalam masalah begitu tak sampai satu peratus pun daripada lima juta murid,” katanya.

Sebaliknya, beliau menyeru ibu bapa, guru, dan masyarakat untuk bersama membentuk persekitaran yang positif bagi anak-anak.

 “Anak lahir dalam keadaan suci. Kitalah yang mencorakkannya sama ada ke arah baik atau sebaliknya,” ujarnya menutup perbualan.

Kesimpulannya, walaupun UPSR dan PT3 sudah tiada, sistem pendidikan kita belum bebas sepenuhnya daripada peperiksaan. Cuma bezanya kini, pendekatan lebih fleksibel dan menyeluruh bukan sekadar hafal untuk lulus, tapi faham untuk belajar.

Sumber: Berita harian

Share3Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

Penyelesaian FELDA Menarik Semula Persepsi Rakyat

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
Foto: Apple Support

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

November 7, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.