Games, PEEK DAILY, Uncategorized

“The End of History” Dilancarkan Dalam Akses Awal Pada 10 Disember

Pembangun Tri-System hari ini mengumumkan bahawa permainan strategi RPG sandbox terbaharu mereka, The End of History, akan dilancarkan dalam bentuk akses awal pada 10 Disember 2025 menerusi platform Steam. Permainan video ini akan dijual pada harga ¥2,800 (RM76.36), dengan promosi jualan pelancaran turut dirancang.

Permainan ini diterbitkan di bawah label indie WorldMap dan dibangunkan oleh studio Tatami Room.

Dalam The End of History, pemain diberi kebebasan untuk membentuk jalan hidup mereka sama ada bangkit menjadi raja, atau memilih untuk hidup bebas sebagai pengembara di dunia terbuka yang dinamik.

 

Keputusan Berdasarkan Maklum Balas Pemain

Selepas pelancaran demo pada 2 Oktober lalu, lebih 30,000 pemain telah mencuba permainan ini, dengan ratusan maklum balas diterima melalui pelayan rasmi Discord serta komuniti dalam talian lain.

Menurut Tri-System, banyak pemain menikmati konsep dan dunia permainan tersebut, namun isu seperti kawalan pertempuran, tempo permainan, serta antara muka (UI) menjadi tumpuan utama kritikan.

Susulan itu, pasukan pembangunan membuat keputusan untuk melancarkan permainan dalam mod akses awal. Langkah ini membolehkan mereka terus memantau maklum balas komuniti dan melaksanakan penambahbaikan secara berperingkat sebelum versi penuh dilancarkan.

Penambahbaikan Sebelum Akses Awal

Berdasarkan laporan rasmi, beberapa penambahbaikan utama akan disiapkan sebelum pelancaran akses awal, antaranya:

  • Penambahbaikan kawalan dan tempo pertempuran bagi mengurangkan tekanan serta meningkatkan elemen strategi.
  • Pembaikan UI dan tutorial agar aliran permainan lebih mesra pengguna.
  • Pelarasan keseimbangan permainan, termasuk mengurangkan kelebihan pemain pada peringkat awal.
  • Penambahan ciri baharu, seperti sandbox mode yang boleh diakses dari awal permainan, laluan untuk menubuhkan negara secara bebas, serta elemen romance bersama NPC.

Perancangan Selepas Akses Awal

Selepas pelancaran akses awal, Tri-System akan memberi tumpuan kepada kemas kini besar untuk UI serta sokongan pengawal (controller).

Dua elemen ini yang paling banyak diminta oleh pemain. Studio itu turut menegaskan bahawa proses pembangunan akan terus berpandukan kepada maklum balas komuniti sepanjang tempoh akses awal, yang dijangka berlangsung selama enam bulan hingga setahun.

Dengan pendekatan pembangunan berasaskan komuniti, The End of History berpotensi menjadi antara tajuk indie sandbox RPG yang paling dinanti menjelang penghujung tahun ini.