Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

THE CUBE, SAVE US Tunda Pelancaran Akses Awal ke Suku Pertama 2026

by Iffah Najwa
October 29, 2025
in Games, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

XLGAMES Fokus Pada Penambahbaikan Berdasarkan Maklum Balas Pemain

XLGAMES mengumumkan bahawa permainan aksi pengestrakan terbaharu mereka, THE CUBE, SAVE US, kini memasuki fasa pembangunan utama dengan tumpuan kepada penambahbaikan teras berdasarkan maklum balas pemain semasa Steam Next Fest baru-baru ini.

Pada acara tersebut, permainan video ini mencuri perhatian apabila berjaya menduduki tempat ketiga dari segi jumlah pemain serentak dan berada di kedudukan kelapan antara demo paling popular di seluruh dunia.

Dikenali dengan aksi pelarian yang mendebarkan serta reka bentuk peta yang kreatif, THE CUBE, SAVE US, kini telah melepasi 150,000 wishlist di Steam.

Tarikh Akses Awal Ditunda

Susulan sambutan positif daripada komuniti, pasukan pembangunan memutuskan untuk menunda pelancaran akses Awal dari suku keempat 2025 ke suku pertama 2026.

Penangguhan ini bertujuan memberi ruang bagi meningkatkan prestasi permainan, memperkemas antara muka pengguna (UI/UX), serta menambah baik kestabilan sistem bagi memastikan pengalaman bermain yang lebih lancar dan digilap.

Produser THE CUBE, SAVE US, Youngsung Park, menyatakan penghargaan terhadap para pemain yang memberikan maklum balas, sambil menegaskan komitmen pasukannya untuk menyampaikan pengalaman permainan yang benar-benar memuaskan.

Dunia Pasca-Apokalips Yang Unik

THE CUBE, SAVE US menampilkan dunia pasca-apokalips yang dibentuk semula oleh peranti alien misteri dikenali sebagai “The Cube”. Pemain akan menjelajah struktur besar dengan 27 peta rawak, mengumpul sumber, melawan raksasa mutan serta bertempur dengan pemain lain untuk melarikan diri sebelum masa tamat.

Dibangunkan oleh XLGAMES, merupakan studio di sebalik ArcheAge dan Moonlight Sculptor.

Permainan video ini menandakan langkah baharu syarikat itu ke dalam pasaran PC, menggabungkan pengalaman pembangunan MMORPG selama dua dekad dengan rekaan permainan generasi baharu.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Oh, Berlakunya Pelanggaran Data Terhadap Gmail!?

TRENDING

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Asal-Usul Tarian Ulik Mayang: Antara Mistik & Keindahan Seni

October 30, 2025

Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Perbezaan Antara LRT dan MRT

October 29, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.