Menurut jemputan media daripada Razer yang di petik daripada Lowyat.Net, syarikat berkenaan akan melancarkan telefon bimbit Razer Phone 2 di Malaysia pada 15 Januari 2019 ini.
Meskipun tarikh pelancaran telefon berkenaan telah di keluar tetapi ia tidak bermakna telefon bimbit Razer Phone 2 ini akan keluar di pasaran Malaysia pada hari yang sama.
Razer Phone 2 ini di perkasa dengan penggunaan Qualcomm Snapdragon 845 beserta di lengkapi dengan 5.72 inci paparan skrin QHD IGZO 120Hz yang pad. Di samping itu, Razer Phone 2 ini di reka dengan 8GB RAM dengan jumlah kapasiti simpanan dalaman sebanyak 64GB.
Menariknya kamera di bahagian belakang telefon bimbit ini di datangi dengan 12MP f/1.75 bagi kamera wide-angle dan 12MP f/2.6 untuk kamera telefoto. Manakala bagi kamera hadapan telefon bimbit di lengkapi dengan 8MP f/2.0 kamera.
Tambahan lagi, speaker telefon Razer Phone 2 ini di sokong oleh perisian Dolby Atmos! Dan bateri sebanyak 4000 mAh beserta sokongan Qualcomm QuickCharge 4.0+ menguatkan lagi kehebatan telefon bimbit pintar oleh Razer ini.
Untuk makluman, harga Razer Phone 2 yang di jual di Amerika Syarikat adalah USD$ 799.99 atau RM 3277 wang Malaysia. Sememangnya harga yang hebat untuk telefon bimbit hebat ini. Agak-agak berapa pula harga telefon ini jika memasuki pasaran Malaysia, mungkin lebih kurang sama dengan harga di Amerika Syarikat.
Nantikan kemunculan Razer Phone 2 di Malaysia!
Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?
Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya
Samsung Galaxy Note FE Bakal Ditawarkan Dengan Harga RM2599
7 Trending Game Dalam Aplikasi Facebook!
HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3
Barisan TV Baharu LG Memberikan Pengalaman Menonton Yang Tidak Tertandingi Melalui Teknologi AI
Penggambaran Studio Profesional Percuma di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
Auto Bavaria di Wilayah Selatan Memperkenalkan BMW 520i Serba Baharu dan BMW i5 Edisi Terhad