PEEK DAILY, Trivia

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

Karakter Chucky tidak asing lagi dalam dunia filem seram. Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1988 menerusi filem Child’s Play, anak patung yang dimiliki roh pembunuh bersiri ini telah menjadi ikon budaya pop.

Dengan sembilan filem serta satu siri televisyen, francais Child’s Play terus mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Bagi peminat yang ingin menonton keseluruhan kisah Chucky mengikut turutan sebenar, berikut merupakan panduan lengkap berserta maklumat penting mengenai setiap filem dan siri dalam francais ini.

Urutan Filem Child’s Play

  1. Child’s Play (1988)
    Segala-galanya bermula apabila Charles Lee Ray, seorang pembunuh bersiri, menggunakan ilmu vodoo untuk memindahkan rohnya ke dalam anak patung “Godd Guy”. Patung terebut kemudian dimiliki oleh seorang kanak-kanak bernama Andy, yang tanpa disedari menjadi sasaran baharu Chucky.
  2. Child’s Play 2 (1990)
    Dua tahun selepas kejadian pertama, Andy kini tinggal bersama keluarga angkat. Namun, Chucky kembali memburu Andy kerana dia memerlukan tubuh manusia bagi membebaskan dirinya daripada jasad patung tersebut.
  3. Child’s Play 3 (1991)
    Walaupun ditayangkan hanya setahun selepas filem kedua, kisah ini berlaku beberapa tahun kemudian, Andy kini remaja dan bersekolah di akademi tentera. Namun, apabila Chucky dihidupkan semula, ancaman baharu mula tercetus apabila patung itu menyasarkan pelajar lain.
  4. Bride of Chucky (1998)
    Kekasih lama Chucky, Tiffany (lakonan Jennifer Tilly), mengumpulkan semula cebisan tubuhnya dan menghidupkannya semula. Dalam keadaan yang tidak dijangka, Tiffany turut terperangkap dalam tubuh patung dan kedua-duanya memulakan siri pembunuhan secara bersama.
  5. Seed of Chucky (2004)
    Filem ini memperkenalkan anak kepada Chucky dan Tiffany, yang dikenali sebagai Glen/Glenda. Watak tersebut mencari asal usul dan ibu bapanya. Namun, keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila keluarga ini “bersatu semula”.
  6. Curse of Chucky (2013)
    Setelah lama menghilang, Chucky muncul semula dan mengganggu sebuah keluarga yang kelihatan bahagia. Namun, kisah ini akhirnya mendedahkan kaitan rahsia antara keluarga tersebut dengan sejarah asal Chucky. Menariknya, watak utama dilakonkan oleh Fiona Dourif, anak kepada pelakon suara asal Chucky, Brad Dourif.
  7. Cult of Chucky (2017)
    Selepas terselamat daripada kejadian sebelum ini, watak Nica kini berada di hospital mental. Namun, Chucky muncul kembali, kali ini dalam bentuk berbilang patung. Tiffany turut kembali dalam bentuk manusia, menambah lagi kekeliruan dan ketegangan.
  8. Chucky (Siri TV, 2021-2024)
    Siri televisyen ini meneruskan kisah utama apabila Chucky ditemui di jualan barangan terpakai dis sebuah bandar kecil. Kehadirannya membawa maut kepada penduduk setempat. Siri ini turut menampilkan watak asal seperti Andy dan Tiffany, dan berlangsung selama tiga musim.
  9. Child’s Play (2019 – Reboot)
    Versi baharu ini memperkenalkan semula Chucky sebagai anak patung berteknologi kecerdasan buatan (AI) yang rosak. Tidak seperti versi asal, Chucky kali ini menjadi ganas kerana sistemnya terganggu dan bertindak membunuh demi melindungi Andy.

Fakta Menarik Tentang Chucky

  • Nama sebenar:  Charles Lee Ray
  • Jumlah mangsa: Melebihi 70 orang sejak filem pertama
  • Usia asal: Sekitar 64 tahun (tidak menua sebagai patung)
  • Isteri: Tiffany, diperkenalkan dalam Bride of Chucky (1988)
  • Ungkapan ikonik: “Hi, I’m Chucky, wanna play?”

Legasi Seram Yang Kekal

Dari filem pertama yang penuh dengan elemen seram psikologi sehingga filem-filem terkini yang lebih bersifat horror-comedy, Child’s Play membuktikan keupayaannya untuk berkembang seiring dengan zaman.

Sama ada dalam bentuk patung voodo atau robot AI, Chucky kekal sebagai simbol seram dan menakutkan  yang sukar dilupakan.