Jikalau anda orang Selangor yang ingin mengembara ke luar negeri ataupun ke luar negara untuk melarikan diri daripada kesibukan harian di bandar… tetapi tidak mempunyai kewangan untuk membuat pelancongan tersebut?
Tidak perlu risau, kerana di Selangorlah yang mempunyai tempat-tempat yang amat menarik untuk korang! Oleh itu, yang pastinya bahawa terdapat enam lokasi glamping yang mungkin akan menarik perhatian anda semua! Mari kita memulakan artikel ini!
1. River & Glamp
Untuk memulakan lokasi pertama ini, ia terletak di Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, dan tambahan di man ianya lebih kurang 20 minit dari Batu Caves juga. Tempat ini pun terletak di tepi sungai jernih dalam suasana hutan yang menhijau.
Walaupun ia tidak memberitahu keluasan tempat tersebut, menurut kepada laman sesawang, ia mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan: cycling, menaik ATV, river tubing, kayakking, archery, membina sand castle untuk budak-budak, dan family BBQ; disebabakn ini lokasi ini boleh dianggap tahan luasannya.
Dari segi bab harga, menurut laman sesawang sebelum ini, ia menyatakan terdapat pelbagai pakej: untuk weekend lengkap (Jumaat/Sabtu), cuti umum, dan cuti sekolah 2H1M (hari/malam) termasuk tiga kali makan (breakfast, lunch, dinner), ia berharga RM299/seorang, Rm199/seorang, Rm149 seorang, dan RM119/seorang untuk dua, tiga, empat, dan lima pax masing-masing.
Manakala untuk weekdays lengkap (Ahad-Khamis) dan juga 2H1M termasuk tiga kali makan berharga RM249/seorang, RM169/seorang, RM129/seorang, dan RM99/seorang untuk dua, tiga, empat, dan lima pax masing-masing
2. Dusun Bonda
Menuruskan lagi, lokasi ini pula tertelak di Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, yang mana juga berada di dalam dusun buah-buahan yang subur, dan dikelilingi oleh alam semula jadi, udara segar, dan pemandangan yang menakjubkan, serta sungai air terjun dan kolam buatan manusia.
Dari segi keluasan, laman sesawang ini menyatakan bahawa ia terletak di atas tanah pokok buah-buahan tempatan seluas 2.1 ekar dengan mempunyai landskap yang indah.
Untuk bab harga, lokasi mempunyai pakej-pakej yang berlainan:
- RM750 untuk Type 3 unit untuk 6 atau 7 dewasa dengan kanak-kanak di Studio A and B Villas
- RM700 untuk Type 2 unit untuk 6 atau 7 dewasa dengan children di Glam 5 Premium Bell Tents (Poolside, Hillside, Upperside, atau Riverside)
- RM400 untuk Type 1 unit untuk 4 atau 5 dewasa dengan children di Glam 4 Bell Tents (Riverside atau Hillside)
3. Resort Taman Eko Rimba Komanwel
Selain daripada itu, untuk lokasi ini pula ianya terdapat di Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000 Rawang, di mana ia terletak di tengah-tengah alam semula jadi, lalu menawarkan syurga untuk bersantai dan pengembaraan. Kehijauan yang subur, denai yang indah, dan suasana yang tenang, ia menjemput untuk menyelami keindahan alam semula jadi dan mengalami hubungan yang harmoni dengan alam sekitar.
Secara ringkasnya, walaupun ia juga tidak menyatakan keluasan tempat, laman sesawang ini menunjukkan bahawa terdapat barbecue pit, cafeteria, event space, food stall, gazebo, surau, showers, dan toilet, lalu boleh dianggapkan yang lokasi ini juga boleh tahan keluasaanya.
Untuk harga pula, ia adala RM70/lot/night pada weekday, manakala pada weekend dan public holiday adalah RM100/lot/night; tambahan juga di mana RM50/lot untuk refundable deposit, dan RM10/car/entry (1st dan 2nd car) dan RM20/car/entry (3rd car) untuk parking.
4. Rumah Kebun
Sehubungan dengan itu, secara ringkasnya yang mana lokasi untuk yang ini terletak di Jalan Kampung Sungai Semungkis, Batu 14 Hulu Langat, 43100 Hulu Langat.
Dari segi keluasaan, ia tidak menunjukkan nilainya, tetapi apa yang boleh diambil dari sini adalah khemah berukuran 30 x 15 kaki, terdapat juga pancuran mandian panas, kawasan persalinan dengan singki, tandas, kipas siling, soket kuasa, singki basuh, lubang BBQ dengan payung, lubang unggun api dan tali pakaian, dan juga di mana dapat memuatkan kapasiti sehingga 16 tetamu.
Justeru dengan harganya pula, tetamu dikenakan bayaran bagi setiap khemah dan bukan setiap orang: tapak standard membenarkan membawa khemah sendiri dengan lawatan sehari berharga RM200 dan penginapan semalaman pada RM300; tapak premium pula disediakan khemah kemudahan dengan harga RM 500 dan RM600 untuk lawatan seharian dan semalaman masing-masing.
5. The Sticks
Di samping itu, lokasi ini pula terletak di Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, Kuala Kubu Bharu secara ringkas.
Untuk keluasaannya, ia tidak dinyatakan tetapi menurut laman sesawang ini ia memberitahu bahawa kawasannya dikelilingi oleh hutan hujan, dan juga dibina di atas bekas tapak perlombongan bijih imah, resort sederhana, dan juga dikuasai oleh tenaga suria dan air dari sungai, dan menawarkna chlate dan pondok glamping yang dipanggil tendok (a portmanteau of tent and pondok or hut). Disebabkan itu jelaslah bahawa lokasi ini amat luas.
Dengan harganya pula, dari artikel ini ia menyatakan bahawa selain daripada Tendok Pertama, Bangku dan Batu Baca, semua pilihan penginapan mempunyai mandi en suite, harganya bermula RM120/malam, di mana sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam pada harga RM140/dewasa/malam. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan 6 tahun adalah RM100/malam dan RM55/malam masing-masing.
Meneruskan adalah di mana pada harga RM206/seorang adalah untuk Tendok tanpa bilik mandi bersambung; RM241/seorang untuk Rumah Buluh; dan RM266/seorang untuk pilihan peninapan yang tinggal termasuk makanan Half Board yang merangkumi makan malam dan sarapan pag: diaturkan dengan tambahan RM25/seorang, termasuk makan tengahari dan minum petang.
6. Qowiy Village Langat
Akhir sekali, lokasi ini terletak di Lot 3665, Jalan Lui Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.
Dari segi keluasaannya, ia tidak menunjukkannya tetapi menurut ini terdapat 31 unit yang mempunyai kapasiti sehingga 100 tetamu, dan juga fasiliti seperti kolam renang, lubang BBQ, tandas, terletak di tepi sungai dan juga mempunyai tebing sungai; selain itu ada awayng pacak, ruang untuk ATV dan e-scooter, workshop, treasure hunt, penanaman pokok, dan permainan rakyat lima games untuk group besar: oleh itu, kawasan ini amat luas.
Untuk harganya pula, ia akan bergantung kepada berapa orang dalam satu grup tetapi menurut laman sesawangnya:
- Tube Unit with Shared Bathroom for 2 pax pada harga RM120.00 untuk 1 malam
- Arch house for 2 pax pada harga RM150.00 untuk 1 malam
- Hobbit house Lakeside with Bathtub 2-3 pax pada harga RM250.00 untuk 1 malam
- Dome Hilltop (Atas Bukit) with Bathtub 3-5 pax pada harga RM350.00 untuk 1 malam
- Hobbit house Lakeside with Bathtub 4-5 pax pada harga RM350.00 untuk 1 malam
- Dome Glamping Riverside with Jacuzzi 4-5 pax pada harga RM390.00 untuk 1 malam
- A – Type Pool Side with Jacuzzi for 4-6 pax pada harga RM450.00 untuk 1 malam
- Family Dome Riverside with Jacuzzi 5-10 pax pada harga RM490.00 untuk 1 malam
Itulah antara enam lokasi glamping yang terdapat di Selangor. Apa yang boleh dikatakan adalah bahawa lokasi-lokasi yang telah dinyatakan amat sesuai kepada sesiapa yang ingin mengeratkan silaturahim dengan satu sama lain dan juga dengan alam sekitar, mahu merehatkan minda di suasana yang damai dan harmoni, kepada pencinta alam, dan juga kepada sesiapa yang ingin berkhemah tapi dengan twist moden.