Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Tahukah Anda Tentang Nomophobia? Ketakutan Apabila Tiada Telefon di Tangan

by Farah Fatihah
October 9, 2025
in PEEK DAILY, Peranti, Telefon Pintar, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda rasa gelisah bila telefon tak ada dalam tangan? Tengah jalan, tiba-tiba tersedar telefon tertinggal di rumah, terus rasa tak tentu arah, jantung pun berdegup laju.

Kalau ya, anda mungkin mengalami nomophobia iaitu ketakutan apabila tiada telefon bimbit di tangan.

Sebenarnya, nomophobia berasal daripada gabungan perkataan “no mobile phone” dan “phobia”, bermaksud fobia terhadap situasi di mana seseorang tidak dapat menggunakan atau mengakses telefon bimbitnya.

Menariknya, fenomena ini bukan lagi perkara pelik. Ramai antara kita, tanpa sedar, bergantung sepenuhnya kepada telefon untuk berhubung, bekerja, berhibur, malah mencari ketenangan diri.

Pengguna telefon pintar, terutamanya golongan muda, lebih mudah terdedah kepada nomophobia kerana kehidupan mereka banyak berpusat pada dunia digital. Ada yang tidak boleh tidur tanpa melihat skrin, ada yang panik bila bateri tinggal 5%, dan ada juga yang rasa “kosong” bila tiada internet.

Apa yang lucunya, ada yang sanggup balik semula ke rumah hanya kerana tertinggal telefon walaupun destinasi dah separuh jalan!

Fenomena ini sebenarnya memberi isyarat tentang betapa kuatnya pengaruh teknologi dalam kehidupan moden.

Telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, tetapi sudah menjadi ‘teman rapat’ yang seolah-olah memahami kita dari muzik kegemaran, aplikasi kegemaran hingga menjadi teman tidur kita.

Namun, kebergantungan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan mental. Rasa cemas, tekanan, dan gangguan tidur antara kesan yang sering dialami oleh mereka yang tidak dapat berpisah dengan telefon.

Walaupun nampak remeh, nomophobia boleh menjadi isu serius jika dibiarkan.

Cuba bayangkan hidup tanpa telefon selama sehari, ramai yang akan rasa “kosong” atau “terputus dari dunia.” Tapi percayalah, kadang-kadang detik tanpa telefon itulah yang paling menenangkan.

Jadi, mungkin sudah tiba masanya kita belajar meletakkan telefon seketika, menikmati udara segar, dan berbual dengan orang di sekeliling tanpa telefon pintar.

Jadi, anda bagaimana? Pernah rasa nomophobia juga?

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Aura Baharu Deepavali! Suria KLCC Cipta Magis Dengan Tema “Lotus of Light”

TRENDING

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Kipas Boleh ‘Membunuh’? Ketahui Rahsia Senjata Elegan Ini!

November 30, 2018

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.