Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Kewangan

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

by Farah Fatihah
October 28, 2025
in Kewangan, PEEK DAILY
9
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter


Sumber: Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bahawa permohonan Rayuan Haji bagi musim 1447H/2026M akan dibuka bermula Isnin, 3 November 2025, melalui aplikasi dan laman sesawang rasmi THiJARI.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun, menegaskan bahawa langkah membuka permohonan lebih awal ini bertujuan memberi ruang kepada bakal jemaah untuk membuat persediaan rapi sebelum berangkat ke tanah suci.

“TH sentiasa komited dalam meletakkan kepentingan dan kebajikan bakal haji sebagai keutamaan. Atas dasar itu, TH membuka proses rayuan haji lebih awal bagi memberikan kemudahan kepada bakal haji untuk membuat persediaan yang lebih rapi serta memastikan proses permohonan rayuan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Permohonan rayuan ini terbuka kepada pendeposit yang mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji masing-masing.

Bagi jemaah yang terpilih melalui proses rayuan, kadar bayaran haji penuh ditetapkan pada RM33,300, selaras dengan konsep istitoah atau kemampuan menunaikan ibadah haji.

Antara kriteria utama yang akan dipertimbangkan termasuk tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan, kekerapan membuat rayuan serta kehadiran ke Kursus Asas Haji anjuran TH.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, keutamaan diberikan kepada permohonan rayuan mahram, pengiring jemaah lanjut usia serta pengiring bagi jemaah kelainan upaya (OKU).

TH turut menasihati pendeposit supaya sentiasa mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan e-mel bagi memastikan segala notifikasi serta surat tawaran dapat diterima dengan lancar.

Selain itu, para pendeposit diingatkan untuk tidak menggunakan perkhidmatan pihak ketiga atau individu tidak sah yang menawarkan bantuan rayuan haji, sebaliknya hanya membuat permohonan melalui platform rasmi THiJARI.

Bagi mereka yang masih belum berdaftar untuk menunaikan haji, TH menyarankan agar segera membuka akaun Tabung Haji dan membuat pendaftaran haji awal, kerana giliran haji ditentukan berdasarkan tarikh pendaftaran dan jumlah simpanan.

Pendeposit yang berminat boleh membuat rayuan, menyemak kategori serta status permohonan menerusi aplikasi THiJARI atau laman sesawang rasmi.

SUMBER RUJUKAN: TABUNG HAJI

Share4Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Isu Penyewa Rumah Tular, Apa Hak Pemilik Bila Harta Dirosakkan?

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.