Wanita Tergamak Bunuh Teman Lelaki Sendiri, Potong Alat Kemaluan

Foto: The Sun

Di Melbourne, Australia seorang wanita dipercayai membunuh dua lelaki iaitu teman lelakinya bersama seorang rakan sebelum bertindak memotong kemaluan mangsa.

Tergamak bunuh & potong kemaluan teman lelaki

Foto: The Sun

Memetik laporan The Sun, suspek, Jasmine Everleigh, 44, didakwa membunuh Samir Esbeck, 59, dan Sarkis Abboud, 61, pada pagi Khamis lalu sebelum mayat mangsa dijumpai di sebuah apartmen di Melbourne.

Difahamkan suspek dan mangsa telah ‘bersama’ selama 10 tahun dan kejadian ngeri itu menyaksikan wanita ini menikam suspek terlebih dahulu sebelum bertindak memotong kemaluannya. Rakan kepada mangsa, Sarkis Abboud dilaporkan turut ditikam dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Bagaimanapun suspek telah pun ditahan di stesen kereta api berdekatan dan mendapat rawatan berikutan mengalami luka pada bahagian tangannya.

Ujar pihak polis, suspek telah meninggalkan kesan darah di beberapa batang jalan dan di sebuah taman permainan kanak-kanak sebelum ditangkap. Namun sehingga kini tiada sebarang penjelasan mengenai punca suspek berbuat demikian.

Sumber: The Sun


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/wanita-tergamak-bunuh-teman-lelaki-sendiri-potong-alat-kemaluan