[VIDEO] Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kematian, Pemandu Ambulans Terakam Entiti Misteri Bila Sampai

![|650x309](upload://aVCuOQviJeUJ19539VDUOQI2zJU.png)

Seorang lelaki yang berkhidmat sebagai pembantu kesihatan menerusi satu thread di laman Twitter menceritakan satu insiden seram yang mungkin tidak dapat dilupakan. Menerusi video pendek tersebut, dapat dilihat satu lembaga misteri berpakaian putih yang dilihat seperti pocong.

Artikel Berkaitan: Misteri Rumah Agam Mewah Ditinggalkan Pemilik Cetus Misteri, Penuh Barangan Mewah & Tidak ‘Disentuh’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Kena ‘Ketuk’ Pukul 4 Pagi, Tengok Luar Tak Ada Orang, Tapi Bila Check Gambar..

Video pendek seram

Disebabkan harini kerja dengan penuh ketenangan. Jadi aku nk share 1 video dan story yg cukup menyeramkan masa bila tengah oncall kerja malam. Nahh layan video seram pendek ni dulu ?? pic.twitter.com/r7sO0gUR0p

— MA Kg. Pisang (@mtbgaaa) November 10, 2021

![|650x278](upload://A42I4xGaseqaSkTSN8kRJmr4ta8.png)

![|650x95](upload://ohpB7Wd72jcoFahuYFLBf8NTDL9.png)

Ujar lelaki ini, video tersebut bukannya dirakam sendiri olehnya tetapi telah dirakam oleh seorang pemandu ambulans. Kisahnya bermula, apabila kawannya perlu standby sewaktu bekerja dan menerima panggilan pada jam 2 pagi yang menyatakan terdapat satu mayat yang perlu disahkan ketika itu juga.

Susulan daripada menerima panggilan tersebut, kawannya meminta supaya pemandu ambulan bersedia dan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum menuju ke lokasi kejadian.

Nampak sesuatu yang seram

![|650x443](upload://rHy3CjEuvu96Kew3gea7Jsk4xbo.png)

Ketika sampai di lokasi tersebut, rumah allahyarham dipenuhi dengan orang ramai yang sedang berkumpul. Berikutan kawasan hadapan rumah itu dipenuhi dengan kereta dan motosikal, perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan ambulans tersebut mengalami kesukaran untuk bergerak.

Susulan daripada itu, pemandu ambulans itu perlu mencari parkir dan menyuruh rakannya masuk ke dalam rumah terlebih dahulu bagi menguruskan jenazah. Bagaimanapun, alangkah terkejutnya pemandu ambulans tersebut apabila melihat satu lembaga misteri yang berdiri di tengah-tengah jalan di bawah suluhan lampu jalan.

Terus ambil telefon dan rakam

![|650x684](upload://wu1XaZjxB3b5RiS6vR6mJMl9qpd.png)

Pemandu ambulans ketika itu, bertindak merakam ‘lembaga’ misteri itu dan dia sama sekali tidak menceritakan mengenai kejadian tersebut kepada rakannya. Ketika perjalanan pulang, barulah pemandu ambulans ini menceritakan dan menjelaskan dia bertindak mengambil video sebagai bukti.

Ketika artikel ini ditulis, pemilik video ini sama sekali tidak mendedahkan lokasi asal di mana kejadian ini berlaku.

Sumber: MA Kg. Pisang


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-terima-panggilan-pukul-2-pagi-kena-sahkan-satu-kematian-pemandu-ambulans-terakam-entiti-misteri-bila-sampai