[VIDEO] ‘Ini Adalah Percutian Terakhir Kita Sebelum Abang Pergi’

![|650x432](upload://d3H3nEDhCjIjW0c66koVoyhGPaA.jpeg)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui wanita ini selepas menerima berita bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya.

‘Atuk memang sayang betul dengan arwah’

![|650x921](upload://eeWfWrGy0AbdO12tqQBAFJrkcqJ.png)

Kisah sedih itu dikongsikan oleh Nursyafiqah Syahira menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok. Difahamkan, suami Nursyafiqah iaitu Hazren Zakaria telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 Januari lalu dipercayai akibat kemalangan jalan raya.

Menerusi video tersebut, kelihatan Nursyafiqah bersama ahli keluarganya yang lain menangis kerana tidak dapat menahan sebak dengan pemergian arwah.

Atuk paling terkesan sebab Hazren cucu menantu sulung dia. Bila atuk call je mesti cari arwah. Sampai-sampai jenazah memang terus peluk atuk. Allah, atuk memang sayang betul dengan arwah.

‘Terima kasih abang’

![|650x605](upload://frVU7u8eb6LBRSDjaoQduyTqPNa.png)

Kelihatan ahli keluarga bersilih ganti mendukung anak arwah yang masih kecil dan tidak faham dengan situasi yang menimpa bapa tersayang. Nursyafiqah juga sempat berkongsi momen percutian terakhir bersama arwah.

Terima kasih abang. Ini adalah percutian terakhir kita sebelum abang pergi. Terima kasih kerana telah membahagiakan sayang dan Humaira. Berehatlah suami ku. Nanti kita jumpa dekat sana ye.

Sementara masih ada rakam lah sebanyak mana memeori yang ada. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 2.8 juta tontonan. Kebanyakan netizen mengucapkan salam takziah selain berharap agar keluarga arwah diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan mendatang.

Salam takziah

@nursyafiqahsyahira93? suara asli – ?????_????

@nursyafiqahsyahira93? original sound – Zara El Mecca

‘Percutian terakhir’

@nursyafiqahsyahira93? I Just Wanna Know – Luke Reeves

@nursyafiqahsyahira93? Denting – Fadhilah Intan ?


Sumber: Nursyafiqah Syahira


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-ini-adalah-percutian-terakhir-kita-sebelum-abang-pergi