[VIDEO] Baru Lima Bulan Berkahwin, Wanita Geram ‘Serang’ Kekasih Gelap Suami

![|650x526](upload://b3WxF0hKhB68CHAcrMRYoi348D2.png)

Seorang wanita di Jakarta, Indonesia tidak dapat menahan diri daripada menyerang kekasih gelap suaminya ketika mereka sedang berdua-duaan di dalam rumah. Lebih menyedihkan lagi apabila pasangan suami isteri itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada lima bulan yang lalu.

Serang kekasih gelap suaminya

![|650x538](upload://lAhGO3oxr71bLttMXR8TVb8e7MF.png)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Lambe Turah Terviral di Instagram, memaparkan wanita yang dikenali sebagai Rina itu dilihat cuba menyerang seorang wanita di dalam sebuah rumah.

Kau ni anjing, kesian anak aku.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan Rina menarik rambut wanita terbabit yang ketika itu sedang duduk di atas katil kerana mengesyaki dia menjadi perosak rumah tangganya.

Walau bagaimanapun, suaminya bertindak menghalang isterinya itu daripada bergaduh lebih teruk lagi dengan menariknya ke penjuru rumah berkenaan.

Dalam pada itu, kakaknya, Gita mengatakan bahawa Rina dan suaminya itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada lima bulan yang lalu.

Video penuh :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lambe Turah Terviral (@lambe_terviral)

‘Jangan salahkan wanita tu, salahkan yang lelaki juga’

![|650x190](upload://2YCfXW6DtR7qSoq8fBUmsLdg9cM.png) ![|650x304](upload://2ci1NtEmwzDGWDDqtINut3ObBAw.png) ![|650x281](upload://9NlIBHX8IbUDnuzRFW9K7OXQoaI.png) ![|650x189](upload://ly8XbBPKjd1vF9AaD4nHZMZ67O5.png) ![|650x301](upload://g8AHrOXl4JnpHsRpn6EqW1XMrYA.png)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan si isteri. Malah ada juga di antara mereka yang menyuruh wanita berkenaan untuk meninggalkan si suami kerana telah berlaku curang terhadapnya.

Sumber : lambe_terviral, suara.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-baru-lima-bulan-berkahwin-wanita-geram-serang-kekasih-gelap-suami