[VIDEO] Agak-Agaklah Nak Celebrate Party Dalam Hotel Pun

![|650x535](upload://gAkkLBIGFpzYc4od8NCaoAl7O5N.jpeg)

Sebelum ini, seorang pekerja meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab ketika menginap di hotel. Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan hotel yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dan apa yang paling mengejutkan, apabila terdapat barangan hotel yang telah dirosakkan.

Artikel Berkaitan: Nak ‘Check In’ Awal Macam Mana Kalau Pelanggan Sendiri Buat Sepah Dalam Bilik Hotel

Artikel Berkaitan: Macam-Macam Alasan Tak Bagi Owner Datang, Rupanya Rumah Penuh Sampah..Siap Ada Bangkai Kucing!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Bulan Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Terkejut Buka Pintu Bilik Penuh Sampah!

Hotel ditinggalkan dalam keadaan bersepah

![|650x486](upload://s3xPWTUFgHccvf4A3N3vkjtflEw.jpeg)

Terbaru, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Miera Nadhira berkongsi satu video memaparkan sebuah bilik hotel yang ditinggalkan dalam keadaan bersepah. Bilik tersebut dipercayai telah digunakan bagi meraikan seorang bakal pengantin perempuan.

Susulan daripada itu, wanita ini tampil menjelaskan situasi tersebut yang akan melambatkan kerja house keeping dan secara tidak langsung menyebabkan bilik tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk dikemas.

Lagi satu kes bagaimana kita melambatkan kerja housekeeping. Bila kita celebrate dekat hotel dan tak tolong kemaskan selepas itu.

Memang ramai dari kita suka celebrate hari jadi etc atau surprisekan orang tersayang dekat hotel, tapi lepas itu cuba lah ringankan kerja housekeeping dengan membersih sedikit. Marilah kita cuba meringankan beban dan menolong menyenangkan kerja orang semampu boleh.

Pada masa yang sama, pemilik video tersebut sempat memberikan pesanan kepada para pelanggan supaya mempunyai common sense ketika menginap di hotel.

Bila korang check out tinggalkan bilik macam ni rupa. Tak rasa bersalah kan? Hidup ini perlu ada toleransi.

Jangan guna alasan kami dah bayar. Guna hati perut sikit lah. Sebab spesis macam ini lah yang melambatkan kerja housekeeping.

Video penuh:

Memalukan betul!

![|650x189](upload://16uR0eR05RbV6Fu4gftBeOVK9We.png)

![|650x276](upload://pHv9hilWv14rJAFZ7xDEtYWKb7c.png)

![|650x787](upload://gJPtal8cU820EAoyWviaxSybYFd.png)

Sumber: Miera Nadhira


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-agak-agaklah-nak-celebrate-party-dalam-hotel-pun