[VIDEO] 8 Tahun Menanti, Macam-Macam Dah Ikhtiar Wanita Tahan Sebak Masukkan Bantal Dalam Perut – ‘Biar Boleh Rasa Macam Wanita Hamil’

![|650x338](upload://lKCdgDRAdXpfsMq2NkEHpJlfe6q.png)

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri yang dianggap sebagai ‘penyeri’ dalam sesebuah keluarga. Namun, tidak kesemua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat dan ada yang terpaksa menunggu hingga puluhan tahun walaupun pelbagai alternatif telah dilakukan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Tahu Selepas ‘Nurse’ Nak Cuci Luka, Wanita ‘Ditidurkan’ & Jalani Czer Akur Anak Meninggal Selepas 4 Hari…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janji Nak Balik, Tak Sempat Jamah Rendang Kesukaan, Warga Emas Sayu Anak Meninggal Akibat Covid-19

Teringin nak ada anak

![|650x358](upload://6VruHvuDdc17yhzzWeUlUnAeYYy.jpeg)

Seperti perkongsian sebak dikongsi seorang wanita cekal dikenali sebagai Anggun menerusi platfom TikTok, tampil menceritakan dia dan suami masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata walaupun sudah berkahwin selama lapan tahun. Menerusi video tersebut, wanita cekal ini dilihat cuba menahan sebak sebelum memasukkan sebuah bantal di dalam bajunya dan perkara tersebut seolah-olah memberi gambaran dia sedang hamil.

Kadang-kadang sengaja masukkan bantal ke dalam perut, biar boleh rasa seperti mana wanita hamil rasa. Ya Allah, 8 tahun menunggu kenapa aku susah sangat.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan pelbagai cara telah mereka usahakan termasuklah berjumpa dengan doktor bagaimanapun, wanita ini masih berfikiran positif walaupun masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Orang cakap kena minum dan makan itu ini. Suruh pergi jumpa doktor, cek sperma dan lain-lain semua aku dah buat. Tapi, Allah memang belum bagi rezeki. Tak sangka dah tunggu selama 8 tahun, lamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan kisah wanita ini dan pada masa yang sama mereka turut mendoakan supaya dia dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.

Video penuh:

@meisianggun? original sound – ?IzzRhima?

@meisianggun##pejuanggarisdua? original sound – ?IzzRhima?

Terus sabar ya kak!

![|650x338](upload://gKwHLnZTEFxwRWTyKHVy8MISyDP.png)

![|650x142](upload://myRFLd26OJvclbvtpl6F2jv1ddg.png)

![|650x144](upload://hzC2WQTCVsct9mMVljcvCRVYa5P.png)

Sumber: Anggun


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-8-tahun-menanti-macam-macam-dah-ikhtiar-wanita-tahan-sebak-masukkan-bantal-dalam-perut-biar-boleh-rasa-macam-wanita-hamil