‘Tolong Transfer RM3750 Kat Akaun Ni Sat’ – Ustaz Don Minta Orang Ramai Waspada, Scammer Guna Gambarnya Nak Pinjam Duit

![|650x432](upload://vwnOsr2RtlRanNYRRJDC2xu6TFy.png)

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menerusi satu hantaran di laman Instagram, tampil mendedahkan modus operandi yang digunakan oleh scammer dalam menipu orang ramai.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila mesej yang dihantar oleh scammer berkenaan dilihat seolah-olah dihantar sendiri oleh pendakwah ini.

Minta tolong transfer duit

![|650x385](upload://aKzzSjiiBQq9UKjv4ybskvuHkBE.jpeg)

Menerusi tangkap layar dikongsi Ustaz Don, memaparkan mesej seorang individu tidak dikenali yang meminta rakannya untuk memindahkan duit sejumlah RM3,750 ke sebuah akaun bank tempatan. Tidak berakhir di situ, individu berkenaan didakwa menggunakan gambar Ustaz Don yang secara tidak langsung akan menyebabkan orang lain menyangka duit tersebut dipinjam olehnya.

Mengulas lebih lanjut, individu itu menjelaskan duit yang dipinjam akan dibayar semula selepas waktu solat Asar. Susulan daripada itu, Ustaz Don memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Guys! Tolong sebarkan. Dah la guna gambaq Ustaz pakai serban. Memang nak bagi buruk imej orang pakai serban. Mintak ribu pulak. Kacau, tolong sat kawan-kawan. Jangan bagi ada yang terkena. Nama saya Don Daniyal dan nama Isteri Husna Zahry bukan *****. Tak pasai..

Respon netizen

![|650x524](upload://ady8UsH1ayW2z3OZ0FjZPTAPXjw.png)

![|650x689](upload://uztFeEmehHaetE0XdBeVSnbcA00.png)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman mereka ditipu oleh scammer.

Sumber: Ustaz Don Daniyal


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tolong-transfer-rm3750-kat-akaun-ni-sat-ustaz-don-minta-orang-ramai-waspada-scammer-guna-gambarnya-nak-pinjam-duit