‘Tertinggal’ Di Dalam Van Selama Beberapa Jam, Kanak-Kanak Autisme Ditemui Maut

![|650x458](upload://4wrjwXWwOpaR24OlXCldAgpMrqc.png)

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah pembelajaran ditemui meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, semalam.

Kanak-kanak perempuan ditemui tidak sedarkan diri

![|650x451](upload://bYzkCX65Vyqo2s8UK6aYzlG7KIj.png)

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim, pihak polis telah menerima laporan mengenai kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu pada pukul 7.46 malam. Mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van, namun kanak-kanak berkenaan dipercayai tidak keluar daripada van terbabit.

Bagaimanapun, lelaki tersebut telah pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.

Pemandu van itu dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumah lelaki berkenaan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak tersebut.

Susulan daripada itu, pemandu van berusia 34 tahun tersebut ditahan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Bernama


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tertinggal-di-dalam-van-selama-beberapa-jam-kanak-kanak-autisme-ditemui-maut