Tak Stres Ditanya Soal Tambah Anak, Farid Kamil Serah Pada Diana Danielle – ‘Sebab Bukan Saya Yang Mengandung’

![|650x400](upload://liyZfSe23ZDuiuOcueYNE5uFTW3.jpeg)

Pelakon Diana Danielle memberitahu dia enggan menambah bilangan anak kerana beranggapan dikurniakan dua orang sudah memadai.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Tambah Ahli Keluarga, Ingin Fokus Perkembangan Anak – ‘Pada Usia Inilah Mereka Perlukan Bimbingan & Input’

Tekanan pada Diana

![|650x638](upload://qiHvNfZz865YHdvOSrFaOxFnxdI.jpeg)

OhBulan! bekesempatan bertemu dengan suami Diana iaitu pelakon dan pengarah Farid Kamil. Ditanya sama ada dia tertekan apabila diasak dengan soalan penambahan bilangan anak, Farid berkata tidak timbul perasaan itu.

Menurut pemilik nama Farid Kamil Zahari, dia menyerahkan soal menambah cahaya mata kepada Diana sepenuhnya.

Saya tak ada rasa tekanan pun… sebab bukan saya yang mengandung. Mungkin tekanan itu kepada DD tapi hanya sebentar saja. Kami bersyukur dikurniakan dua anak, lelaki dan perempuan yang menakjubkan.

Fasa melihat mereka membesar mengikut cara didikan kami dan berjaya melaksanakan tugas sebagai anak-anak kami, itu sudah membahagiakan kami.

Allah dah berikan Farid Kamil versi perempuan dan DD versi lelaki. Kami memang bersyukur tapi biasalah, orang nampak kita bahagia mesti akan tanya bila nak tambah anak.

Farid ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu Telaga Suriram yang bertempat di Restoran Majapahit, Mont Kiara, pada petang Selasa.

Pentingkan SOP

![|650x681](upload://6TAryiPxaVdzAyKfipDuoJ77Jug.jpeg)

Dalam pada itu, pelakon berumur 41 tahun ini akui timbul perasaan bimbang untuk bekerja semula dalam keadaan kes Covid-19 yang masih tinggi.

Bagaimanapun, kata pelakon filem J Revolusi, dia terpaksa meneruskan kerjaya seperti biasa demi kelangsungan hidup.

Langkah-langkah yang perlu diambil… kena la ambil seperti suntikan vaksin penggalak, penjarakkan sosial dan pemakaian pelitup muka. Kena sentiasa amalkan SOP.

Sejujurnya takut itu memang la takut tapi apa kan daya, kalau tak pergi shooting macam waktu PKP, tak ada kerja, tak ada duit macam mana nak survive.

Jadi, takut ke tak, kita kena tawakal saja. Tapi anak-anak saya memang tak kan bawa ke set penggambaran.

Terdahulu, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 9, dan Aurora, 6.

Sumber: Instagram @dianadanielleb


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-stres-ditanya-soal-tambah-anak-farid-kamil-serah-pada-diana-danielle-sebab-bukan-saya-yang-mengandung