Tak Kisah Digelar Perigi Cari Timba, Elyana Mengaku Berangan Kahwin Awal & Jadi Ibu Pada Usia Muda

Sempena Hari Ibu baru-baru ini, penyanyi, Elyana berkongsi perasaannya sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata. Menurut Elyana, menjadi seorang ibu dan mendirikan rumah tangga pada usia yang muda merupakan impiannya sebagai seorang wanita.

Saya yang melamar suami

Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab tu saya yang melamar suami saya. Masa itu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin. Alhamdulillah,tercapai. Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana, diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga.

Menurut Elyana, dia mahu mendirikan rumah tangga pada usia yang muda dan segera menjadi seorang ibu. Lebih menghiburkan, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini turut mendedahkan bahawa dia yang melamar suami sewaktu perkenalan mereka suatu ketika dahulu. Sempena Hari Ibu tahun ini, Elyana berdoa agar semua ibu di luar sana dipanjangkan usia dan mempunyai kesihatan yang baik agar mampu menjaga suami dan anak-anak.

Terdahulu, Elyana disahkan sudah pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat. Meskipun, derita ditanggung sejak 11 tahun lalu sudah berakhir, Elyana enggan mengambil mudah dan masih menjaga kesihatan dirinya. Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada 2010 dan memiliki anak perempuan, Cinta Sumayyah, 11, dan Cahaya Ramadhani yang berusia lebih dua tahun.

Sumber: Elyana


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-kisah-digelar-perigi-cari-timba-elyana-mengaku-berangan-kahwin-awal-jadi-ibu-pada-usia-muda