Tak Boleh Tayang Kemesraan Suami Isteri Di Khalayak Umum, Ezzaty Abdullah Menyesal & Minta Maaf – ‘Supaya Tidak Terdorong Untuk Melakukan Zina’

![|650x400](upload://9EbdACkS0460kQARddxdTWnosTh.jpeg)

Dalam dunia teknologi sekarang, semua orang bebas berkongsi aktiviti masing-masing di media sosial. Walau bagaimanapun, itu bukan ‘tiket’ untuk menayang semua momen-momen mesra kepada khalayak umum.

Berpelukan dengan suami di IG

![|650x788](upload://6ZLZpvgALqbB7rx06NCPZ29fFmx.jpeg)

Menyedari pernah berkongsi saat romantik di Instagram (IG) bersama suami iaitu Azwan Kombos, pelakon Ezzaty Abdullah memohon maaf kepada orang ramai atas kelalaian yang dilakukan.

Ezzaty atau nama sebenarnya Ezzaty Abdullah, 31, mengakui pernah memuat naik aksi berpelukan dengan suami tercinta.

Saya minta maaf sebelum ini ada berpelukan dengan suami di Instagram.

Tidak boleh mesra depan khalayak umum

![|650x1136](upload://o9GWry4Gds1LZEXL37O7a0dzi7f.jpeg)

Dalam hantaran di Instagram Stories, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim berkongsi hukum mencium atau bermesra dengan isteri sendiri di depan umum.

Menurut petikan itu, sekerasnya melarang dilakukan kerana Nabi SAW tidak pernah memaparkan kemesraan bersama isteri-isteri baginda.

Tambahnya, ia juga boleh syahwat orang lain yang melihatnya dan membuatkan mereka mendekati zina.

 

Sumber: Instagram @ezzatyabdullah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/tak-boleh-tayang-kemesraan-suami-isteri-di-khalayak-umum-ezzaty-abdullah-menyesal-minta-maaf-supaya-tidak-terdorong-untuk-melakukan-zina