Shuk Mohon Maaf – ‘ Saya Bukan Melarikan Diri, Tapi Saya Risau Tersalah Cakap’

![|650x460](upload://n4IdJ0uRxl3ifxxgXme1YqKXWTJ.jpeg)

Pelawak, Shuk Sahar telah mengundang kemarahan netizen apabila dia dilihat seperti teruja untuk mengetahui cerita dalam salah satu babak rogol filem Anak Halal.  Malah ada yang meminta Shuk diboikot dek kelakuannya itu.

Artikel berkaitan : Bersungguh Minta Fauzi Cerita Watak Perogol, Netizen Gesa Shuk Sahar Diboikot Dari Industri – ‘Artis Macam Kim Seon Ho Pun Dah ‘Cancelled’

Namun begitu, Shuk tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan apa yang dikatakan ketika program bual bicara berkenaan.

Tampil mohon maaf

![|650x422](upload://nLKhXfUxcNl8oA94mFG51H5aFCm.png)

Memetik laporan Harian Metro, Shuk berjanji lebih berhati-hati dalam setiap percakapannya pada masa akan datang dan berharap agar orang ramai mendoakan semua perkara akan menjadi lebih baik.

Bagi pihak saya sendiri , dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati selepas menonton program itu. Saya tiada niat apa-apa pun.

InsyaAllah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik.

Tak berniat larikan diri

![|650x476](upload://tJeTvn2YxEAv8xV33SpsihCf4kv.png)

Walau bagaimanapun, Shuk tidak berniat untuk melarikan diri daripada isu berkenaan, namun dia memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Sejujurnya saya bukan hendak melarikan diri, tetapi isu ini membabitkan banyak pihak dan bukan saya seorang saja. Oleh itu, sebolehnya saya tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar mengakui berasa risau jika tersalah cakap mengenai perkara berkenaan kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pihak lain.

Saya risau jika tersalah cakap, ia akan memberi impak negatif kepada pihak lain. Saya bukan melarikan diri, sebaliknya risau tersalah cakap.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/shuk-mohon-maaf-saya-bukan-melarikan-diri-tapi-saya-risau-tersalah-cakap