Sharnaaz Mohon Maaf Lawak Pakai Serban, Caprice Anggap Kes Selesai – ‘Kita Terima Permohonan Maaf’

![|650x379](upload://vQm4fLibFeKHA20FXx4Vz9fsdBE.jpeg)

Foto: Tangkap layar video

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai sesi Instagram (IG) live pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya yang berlangsung semalam. Menerusi sesi tersebut rata-rata netizen mendakwa tindakan Sharnaaz memakai filter serban dan cara percakapannya seolah-olah meniru gaya penyanyi Rap terkenal iaitu Caprice.

Artikel Berkaitan: Caprice Dakwa Sharnaaz Buat ‘Silap Besar’ Sebab Cari Masalah Dengannya – ‘Oh Man Mamu, Big Mistake Brother’

Artikel Berkaitan: Sharnaaz & Shukri Yahaya Perli Pakai Serban Dalam IG Live, Caprice ‘Sound’ Balik– ‘Dari Jauh Je Berani Sotong’

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ajak Caprice Bersemuka Isu Pakai Serban Di IG Live – ‘Mai Sini Kita Tengok Siapa Pula Yang Sotong’

Susulan daripada itu, Caprice dipercayai memberikan respon berhubung isu berkenaan dan sempat mengaitkan watak ‘sotong’ yang pernah dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad. Isu tersebut bagaimanapun, berlarutan dan turut mendapat perhatian ramai.

Respon terbaru Sharnaaz Ahmad

![|650x615](upload://6ofQtA7qdyAYAflICcE5GoMkNZj.png)

Foto: Sharnaaz Ahmad

Terbaru, Sharnaaz menerusi Instastory tampil menjelaskan dia akan selesaikan ‘konflik’ tersebut secara baik bersama Caprice dan turut akui lawak yang cuba disampaikan olehnya agak keterlaluan.

Hai Assalamualaikum guys, selamat petang. Dari pagi semua tau netizen semua tau aku ada isu sikit bersama Caprice. Ok InsyaAllah aku dengan Caprice akan selesaikan benda ini secara elok di belakang.

Dan aku rasa on aku punya personal side apa gurauan aku daripada awal daripada dia di Jordon sampailah sekarang di sini aku rasa mungkin agak keterlaluan dan aku as orang yang lebih matang dalam benda ni aku minta maaf kepada dia. Selain daripada itu, terpulang kepada dia. Tetapi aku rasa biar antara urusan ini aku selesaikan bersama.

Pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, turut menjelaskan sebagai individu yang matang dia akan meminta maaf kepada Caprice atas apa yang telah terjadi.

Terbaru, Caprice menerusi satu hantaran di Instagram tampil memberikan respon dan menjelaskan sudah memaafkan Sharnaaz atas apa yang telah terjadi.

Welcome to Damansara, pihak kita terima permohonan maaf tersebut dan Caprice pun kalau lebih-lebih tadi minta maaf sebab kita pun tak lunch lagi. Lapar, InsyaAllah selepas quarantine Caprice akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama-sama.

Terdahulu, Sharnaaz dan Shukri Yahaya telah mencuba beberapa filter di IG semasa melakukan sesi live bersama para peminat. Filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir itu seolah-olah menunjukkan dia kini berada di Mesir.

Pada masa yang sama, Shukri Yahaya dan rata-rata netizen tidak dapat menahan diri daripada ketawa sebaik sahaja melihat gelagat Shaarnaz yang seakan-akan macam Caprice pada waktu itu.

Instastory penuh:

 

Sumber: Sharnaaz Ahmad & Caprice


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/sharnaaz-mohon-maaf-lawak-pakai-serban-caprice-anggap-kes-selesai-kita-terima-permohonan-maaf