‘Selama Ni Hasil Kerja Saya Dari Duit Haram Ke?’ – Janna Nick Kecewa Niat Bina Pusat Tahfiz Dipertikai

Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi, Janna Nick mempunyai perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Artikel berkaitan: Impian Janna Nick Bina Pusat Tahfiz & Anak Yatim Bakal Jadi Kenyataan – ‘Saya Percaya Dengan Kuasa Sedekah’

Berikutan daripada perancangan tersebut, ada segelintir netizen mempertikaikan hasil titik peluhnya sebagai anak seni untuk membina tahfiz.

Duit haram?

Tolong jawab kan jap. Tak tahu macam mana nak jawab soalan wartawan ni. Dugaan besar nak siapkan. Selama ni hasil kerja saya dari duit yang haram ke? Kalau ada duit yang halal boleh sumbang.

Di Instagram, Janna bertanya pendapat orang ramai adakah duit hasil kerjanya selama ini adalah satu sumber yang haram. Sebagai seorang anak seni, Janna dipercayai kecewa dengan sikap segelintir individu kerana mereka menilai orang lain tanpa kenal lebih mendalam keperibadian individu tersebut.

Tambah Janna, persoalan yang dibangkitkan ini merupakan salah satu dugaan besar buat dirinya untuk menyiapkan pusat tahfiz yang diimpikannya.

Artis tak boleh menderma?

Menerusi perkongsian Janna di Instagram, segelintir rakan artis turut ‘terasa’ dan meluahkan rasa kecewa apabila niat baik mereka untuk melakukan kebaikan dihentam oleh netizen.

Menurut pelakon veteran, Fauziah Nawi, mereka yang mempunyai pendapatan yang halal boleh memberi menyumbang derma kepada masjid dan pusat tahfiz yang memerlukan. Manakala, pelakon, Roy Azman pula berharap Janna Nick tidak berputus asa dalam melakukan perkara yang baik.

Sumber: Janna Nick


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/selama-ni-hasil-kerja-saya-dari-duit-haram-ke-janna-nick-kecewa-niat-bina-pusat-tahfiz-dipertikai