Sanggup Berhutang Nak Lepas Ketagih, Isteri Risau Suami ‘Gila’ Ketum Sampai Badan Nampak Tulang – ‘Dia Minum Macam Air Masak’

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, pengambilan air ketum semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki terutamanya yang kuat bekerja dan menghidap penyakit. Walau bagaimanapun, jika salah pengambilannya, ia boleh meninggalkan kesan ketagihan yang sangat teruk.

Baru-baru ini, Agensi Anti Dadah Kebanggsaan Daerah Besut ada berkongsi luahan seorang isteri mengenai ketagihan suaminya meminum air ketum.

Ketagih air ketum

Foto: Sekadar gambar hiasan (AADK Besut)

Bercerita kisah yang dilaluinya, wanita ini memaklumkan bahawa suaminya sudah mula minum ketum sebelum mereka berkahwin lagi. Apabila ditanya, si suami mendakwa dia mengambil air ketum hanyalah untuk tenaga lelaki dan atas alasan kerja.

Namun siapa sangka, ketagihannya itu berpanjangan sehinggalah mereka berkahwin. Lebih membimbangkan apabila melihat perubahan fizikal si suami yang semakin susut sehingga nampak tulang.

Anak dah nak masuk 2 tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya pregnant. Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.

Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 34. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nak kena minum.

Menurut wanita ini, duit perbelanjaan yang diberikan si suami juga tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian mereka sekeluarga. Lebih mengejutkan apabila mengetahui si suami sanggup berhutang untuk membeli air ketum

Duit gaji tak pernah cukup. Saya sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat. Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun saya bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan. Saya stress.

Saya tak tahu macam mana lagi nak selesaikan masalah ni. Saya nak semua ni selesai cepat. Anak saya semakin membesar. Saya tak mahu anak saya terganggu emosi.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghindarkan diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan daun ketum. Hal ini kerana, apabila berlakunya ketagihan ia akan mengakibatkan kerosakan kepada empunya badan dan juga masyarakat sekeliling.

Sumber: Agensi Anti Dadah Kebanggsaan Daerah Besut


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/minum-air-ketum-macam-air-masak-isteri-dilema-suami-sanggup-berhutang-nak-lepas-ketagih-badan-susut-nampak-tulang