Rakaman Video Kanak-Kanak Perempuan Dilanggar Sebelum Digilis Van Tular

![|650x356](upload://mcSQ9CqSoCwdI8HeMUwj1ff4Ee2.png)

Hari ini, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar dan digilis oleh sebuah van. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang ingin mengetahui keadaan kanak-kanak yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Video penuh:

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang melintas jalan sebelum dilanggar dan digilis oleh sebuah van berwarna putih. Susulan daripada pelanggaran tersebut, van tersebut berhenti dan kelihatan seorang wanita tampil untuk membantu mangsa.

Wanita berkenaan dilihat cuba membantu mangsa sebelum datang seorang wanita lain bersama murid-murid yang berada di tempat kejadian. Menerusi kapsyen pendek yang digunakan oleh Kelantan Inside di laman Facebook, turut mempersoalkan siapa yang patut dipersalahkan berikutan kemalangan tersebut.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi asal di mana kejadian tersebut berlaku dan keadaan terkini mangsa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai menyalahkan pemandu van tersebut atas nasib yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Respon netizen

![|650x254](upload://a0wEBvZA4aoiRhMKXhFQGdoigw3.png)

![|650x489](upload://3Kmg7W2Vj02JzgaBvoUBRxfmmdq.png)

![|650x699](upload://dTS9cTeOKRQPqwwXjifiTnP8pxa.png)

![|650x345](upload://ocqpjJztiRts6VM9Ukx0ZAtb0QR.png)

Sumber: Kelantan Inside


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/rakaman-video-kanak-kanak-perempuan-dilanggar-sebelum-digilis-van-tular