Pendakwah Bebas Abu Syafiq Menang RM120k Saman Fitnah

![|650x362](upload://zNZgKjU38SBCSf01dWSLuTah9AS.png)

Seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee perlu membayar pampasan RM100 ribu dan ganti rugi teladan sebanyak RM20 ribu kepada pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy’ary berhubung kenyataan fitnah yang dibuat melalui media sosial, dua tahun yang lalu.

Menulis permohonan maaf

![|650x389](upload://xY7udRKGDKO7k2B199MhNpFVWPR.png)

Menerusi laporan Astro Awani, hakim Mahkamah Sesyen turut membenarkan injuksi melarang Hamidah mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran. Pada masa yang sama, Hamidah diarahkan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook dan Youtube. Ujar salah seorang peguam yang mewakili Abu Syafiq, saman sivil tersebut terpaksa diambil bagi membersihkan nama pendakwah bebas tersebut setelah percubaannya untuk menyelesaikan krisis tersebut secara baik tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang telah dimuat naik di akaun media sosial dan enggan memohon maaf.

Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew. Jelas di sini yang plaintif tidak pernah memfitnah mana-mana pihak dan kesemua tuduhan dan dakwaan ke atas beliau adalah fitnah,” kata Nurul Hafidzah, menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Dua akaun palsu

![|650x909](upload://ki2JuC8NgLXplAzstbAL5mm1tSZ.png)

Terdahulu, Abu Syafiq berjaya mendapatkan maklumat daripada Facebook mengenai asal-usul komen di media sosial berkenaan yang menggunakan namanya. Antara maklumat penting yang diperoleh Abu Syafiq termasuk emel dan maklumat berkaitan mengenai dua akaun palsu yang telah digunakan di Facebook dengan tujuan dipercayai untuk menyamar dan mengejek plaintif termasuk membuat kenyataan berbaur fitnah dan memberi gambaran bahawa semua kenyataan tersebut dimuatnaik oleh beliau.

Sumber: Astro Awani


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pendakwah-bebas-abu-syafiq-menang-rm120k-saman-fitnah