Pek Edisi Terhad Teroka Lokal Kotex Ni Diinspirasikan Daripada 4 Negeri Di Malaysia! Cantiknya!

![|750x364](upload://dzT25X0pACG3mHib4CQoI6FJjrP.jpeg)

Kredit Foto: Instagram Ameliath

Dalam usaha untuk mengetengahkan landskap pelancongan Malaysia, Kotex® telah mengeluarkan koleksi Edisi Terhad yang diinspirasikan daripada empat negeri di Malaysia!

Kalau korang nak tahu, Kotex® merupakan penyokong utama kemajuan wanita dan jenama pembalut inovatif terkemuka! Koleksi terbaru ini juga bertujuan untuk memperkasakan wanita Malaysia dan menjamin keselesaan serta keselamatan mereka.

Jom tengok apa sebenarnya Kotex® Edisi Terhad ni?

Hidup tanpa batas bersama Koleksi Teroka Lokal Kotex®!

![|650x813](upload://ectwHFMrz200xDIMeSUjsPntbvQ.jpeg)

Kredit Foto: Instagram Ameliath

Walaupun semenjak Malaysia berdepan dengan pandemik Covid-19 semuanya terbatas, tapi tidak dengan Kotex® !

Kotex® Teroka Lokal ni akan membawa pemandangan indah yang ditawarkan di Malaysia kepada semua wanita dan para gadis di seluruh negara.

![|650x650](upload://jN7R2dDdKklEaygDEdCXSMm6ECB.jpeg)

Tengah haid? Tak ada masalah! Itu bukan halangan. Korang masih lagi boleh berseronok sambil menikmati pergalaman dan permandangan Malaysia yang unik tau.

Koleksi Teroka Lokal terbaru ni mempamerkan kepelbagaian di Malaysia dari permandangan Kuala Lumpur, tapak warisan Pulau Pinang, pantai yang bersih dan penuh dengan hidupan laut di Terangganu sehinggalah ke budaya, etnik dan landskap semula jadi negeri Sabah dan Sarawak.

Siap ada filter Teroka Lokal lagi yang korang boleh cuba!

![|690x315](upload://elLbix3b9wxXnksZCpTTIR1Yueo.jpeg)

Lagi best sebab Kotex® siap ada buat filter Teroka Lokal Augmented Reality (AR) yang korang boleh cuba! Memang real filter ni tau! Rasa macam ada dekat tempat tu betul-betul.

Filter ni boleh bawa korang untuk meneroka tanpa batas dan membuatkan perjalanan korang lebih menarik dan kreatif.

Selain itu, hasil kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WANITA:gadis), Kotex® Malaysia akan memberikan pek tuala wanita untuk menyokong komuniti tempatan yang memerlukan.

Wahhhhh lagi lah rasa nak support macam ni!

Korang pun boleh dapatkan pek Edisi Terhad Kotex® secara percuma!

![|650x749](upload://nqmyiLu3jiYkZp2JrSZ0DCzlZf3.jpeg)

Apa yang lebih menarik lagi, kalau korang tag @kotexmy di Instagram & Facebook Kotex dengan menggunakan filter Teroka Lokal Augmented Reality (AR), korang boleh memenangi satu pek koleksi Teroka Lokal Edisi Terhad ni!

![|650x398](upload://biYDEypKvoG9xtazAaanyQq1tev.jpeg)

Filter tu pun korang boleh dapat dekat Instagram Kotex® Malaysia! Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan koleksi Kotex® Edisi Terhad dan try filter terbaru tu hari ini!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Instagram dan Facebook untuk sebarang update mengenai koleksi Kotex® Edisi Terhad ni!


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pek-edisi-terhad-teroka-lokal-kotex-ni-diinspirasikan-daripada-4-negeri-di-malaysia-cantiknya