Pakar Bedah Berjaya Lakukan Pemindahan Buah Pinggang Babi Kepada Manusia

![|650x422](upload://p8qzrfVvLEktk5Oc9v2W6CluhXX.jpeg)

Foto: Daily Mail

Pakar bedah di Amerika Syarikat dilaporkan berjaya melakukan pemindahan buah pinggang seekor babi kepada manusia buat pertama kalinya. Prosedur yang dilakukan di NYU Langone Health di New York disifatkan sebagai kejayaan luar biasa oleh pasukan perubatan yang terlibat.

Pindah buah pinggang babi

![|650x355](upload://7WEzXpHOxKL1t3ff7R0cwGsl6a2.png)

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, prosedur itu melibatkan pengubahsuaian gen babi bagi memastikan sel tisu haiwan itu tidak mengandungi molekul yang berpotensi menyebabkan penolakan segera. Difahamkan, buah pinggang yang dipindahkan itu berfungsi sepertimana yang sepatutnya iaitu menyaring sisa dan mngeluarkan air kencing tanpa mencetuskan penolakan dalam sistem imun penerima.

Penerima organ adalah seorang pesakit yang mengalami mati otak dengan tanda-tanda buah pinggangnya tidak berfungsi. Difahamkan, ahli keluarga pesakit telah bersetuju untuk melakukan ekperiman tersebut.

Pelbagai prosedur penting dilakukan

![|650x408](upload://zXrg3eroOZF3rVyqqOH1DE3atHn.png)

Foto: Daily Mail

Jelas ketua pakar bedah, Dr Robert Montgomery, buah pinggang itu dilekatkan selama tiga hari pada saluran darah dan berada di luar tubuh badan pesakit bagi memberikan akses kepada para penyelidik. Hasil ujian kelihatan normal dan setakat ini tiada bukti penolakan awal ketika buah pinggang babi yang diubah dipindahkan kepada primata bukan manusia.

Menurut sumber, penggunaan organ haiwan untuk menyelamatkan nyawa manusia merupakan satu langkah yang sudah dilakukan para penyelidik sejak beberapa dekad yang lalu.

Meskipun ekperimen buat julung kalinya ini berjaya namun pelbagai prosedur penting yang perlu dilakukan ke atas haiwan tersebut sebelum pemindahan organ dijalankan.

Sumber: Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pakar-bedah-berjaya-lakukan-pemindahan-buah-pinggang-babi-kepada-manusia