Padah Buat ‘Drip Whitening’ Sebab Terlampau Taksub Nak Putih

![|650x405](upload://zEaC4uawbXeiipsQMyrpZ5PXpxn.png)

Foto: Mims

Ketaksuban seorang wanita untuk memiliki kulit yang cerah dengan melakukan drip whitening membawa padah apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Artikel Berkaitan: Bukan Swab Test Je, Servis Tindik Lidah Pun Boleh Buat Dalam Kereta Masa PKP Ini

Artikel Berkaitan: Punya ‘Kemaruk’ Nak Putih, Drip Vitamin C Dalam Kereta Pun Boleh!

‘Saya telah insaf terlalu taksub nak putih’

![|650x358](upload://A17LDPLMPPLVs2fUmm1YqsY2QoI.jpeg)

Seperti video dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Umie Hafiezaa di laman TikTok, tampil menceritakan kesan yang dialami olehnya iaitu bengkak hati, gara-gara melakukan drip whitening, makan jamu dan mengambil minuman untuk kurus.

Menerusi video pendek tersebut, dapat dilihat wanita ini menaiki ambulans dan terpaksa menginap di hospital selama 4 hari 3 malam bagi mendapatkan rawatan.

Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih. Orang lain sibuk merentas negeri, kita kena duduk rumah batu 4 hari 3 malam.

1 botol masuk air, 3 kali ambil darah. Perit. Kesan drip whitening, makan jamu dan minuman untuk kurus.

Pada masa yang sama, wanita ini turut memberikan pesanan kepada orang lain supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Sayangilah diri anda. Jangan terpengaruh macam saya. Nak cantik tapi sakit ke nak tak cantik tapi sihat?

Sekarang, makan pun berpantang. Banyak yang tak boleh makan daripada boleh makan.

Video penuh:

@umiehafiezaa Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih ? #fyp #fypindonesia ? Denting – Fadhilah Intan ?

Sumber: Umie Hafiezaa


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/padah-buat-drip-whitening-sebab-terlampau-taksub-nak-putih