Noki K-Clique Kena Demam Denggi Tahap Bahaya, Peminat Suruh Makan Sup Ketam

![|650x400](upload://7BOl9XTv7L4q1N1EcrYjuRwSJmO.jpeg)

Penyanyi Noki daripada kumpulan K-Clique berkongsi berita kurang senang apabila dia disahkan demam denggi.

Kena demam denggi

![|650x699](upload://mMbSkAs2hWtK9fWP0meWzvwbWJm.png)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Noki, 27, memberitahu doktor mengesahkan dia menghidap denggi di tahap berbahaya.

Justeru, pemilik nama Ahmad Ikhwan Aji memohon agar orang ramai menitipkan doa untuk kesembuhan penyakit yang sedang dialaminya sekarang ini.

Assalamuaalaikum.. keadaan saya sekarang denggi tahap berbahaya. Doakan kesihatan saya ya, semoga Allah lindungi kita semua dari segala penyakit. Amin.

Sebelum ini, Noki berkongsi sekeping fotonya terlantar di atas katil sebuah pusat perubatan.

Rakan artis doa cepat sembuh

 

![|650x940](upload://hHB2T6oxbDlgByVvylz6T94aYS4.jpeg)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pemenang Anugerah Lagu ke-35 ini kembali sihat seperti biasa.

Malah, ada segelintir wargamaya yang mengingatkan Noki untuk perbanyakkan minum air kosong dan makan sup ketam.

Sumber: Instagram @ikhwanlee94


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/doakan-kesihatan-saya-noki-k-clique-kena-demam-denggi-tahap-berbahaya-peminat-suruh-makan-sup-ketam