Nikmati Akses Percuma Viu & Peluang Untuk ‘Masuk’ Ke Dalam Mimpi ‘GANJIL’ Diana Dengan Fattah!

![|630x305](upload://arTEZFYipoJbAEqJxVxaZT662Ns.jpeg)

Korang peminat siri Viu? Haa.. Ni ada berita baik sebab Viu nak bagi pembaca OhBulan! akses percuma selama 30 hari! Bolehlah korang tonton semua kandungan yang tersedia sepuas hati!

Peminat siri Viu mesti dah tahu yang siri dekat platform ni bukan biasa-biasa, semuanya unik dan mempunyai jalan cerita yang diluar jangkaan korang.

Sama juga macam siri terbaru ‘GANJIL’  lakonan Diana Danielle dan Fattah Amin yang sedia distrim di aplikasi Viu sekarang! Siri yang diarahkan Datuk Yusry Abdul Halim ni juga dibarisi pelakon lain termasuk Izzue Islam dan Fatin Afeefa.

![|630x354](upload://jVuwISsqefLFvLwgm6XrBbLjNtb.jpeg)

Jalan cerita dan kesan visual jadikan ‘GANJIL’ unik

Kalau korang fikir ‘GANJIL’ adalah kisah cinta cliche yang cringe, korang salah sebab ‘GANJIL’ mempertaruhkan jalan cerita yang berlainan!

‘GANJIL’ menggabungkan genre romantik dan fantasi yang mempertemukan Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) melalui mimpi meskipun diorang sebenarnya tak pernah berjumpa pun di alam nyata. 

![|630x410](upload://t0cj9oyS00VKS9V5RkK1owUg2Ru.jpeg)

‘GANJIL’ bukanlah drama panjang berjela yang akan buat korang muak nak menonton, siri ni hanya mempunyai 10 episod dengan tayangan dua episod pada setiap khamis.

![|630x420](upload://4NVYQnDA0qceB7RYfNNalqbBVRC.jpeg)

Dalam minggu ni je dah nak masuk episod 7 dengan 8 tau! Plot ‘GANJIL’ memang cepat gila! Dalam beberapa episod yang lepas je Amry dan Nabilah dan lalui macam-macam hal bersama.

Sampaikan hal trauma yang Nabilah hadapi masa dia kecik pun Amry tolong atasi melalui mimpi diorang. Sementara, Nabila pula cuba menghalang Amry masa muda daripada bunuh diri.

Dekat sini rahsia mula terbongkar apabila diri kanak-kanak Amry dan Nabila buat diorang ingat balik masa lalu masing-masing termasuk tragedi yang membentuk Nabila dan Amry dewasa.

Lepas tu apa jadi? Korang kenalah tunggu episod baru minggu ni okay!

Kesan visual yang dipertaruhkan ‘GANJIL’ pun tak kurang hebatnya geng, buatkan ‘GANJIL’ lebih unik dan berbeza! Kalau tak percaya, korang boleh tengok sendiri trailer ‘GANJIL’ dekat bawah ni:

S

Betul ke ‘GANJIL’ sangat?

Apa yang paling ‘GANJIL’ sekali adalah persoalan siapa yang masuk ke dalam mimpi siapa dan apa yang sebenarnya sedang berlaku? Benda ni bukan korang je yang tertanya-tanya, tapi Fatah dengan Diana pun masih berteka-teki tau!

Jadi kalau korang nak tahu apa jadi dan memang betul ‘GANJIL’ atau tidak siri ni, korang kenalah tengok sendiri okay! Terus je ke laman penstriman popular Viu atau klik di SINI untuk menonton ‘GANJIL’. Gerenti lah korang tak akan menyesal punya!

Nak dapatkan akses Premium PERCUMA Viu?

Yang lagi best, Viu juga nak bagi korang akses Premium PERCUMA Viu selama 30 hari. Bestnya!

Cara nak dapatkannya pun mudah je, korang hanya perlu menjawab 3 soalan berkaitan siri ‘GANJIL’ DI SINI dan sekiranya korang menjawab kesemua soalan dengan betul, pihak Viu akan memilih dan menghubungi 30x pemenang secara rawak. Haa..bolehlah korang layan drama dan movie terbaik puas-puas!

Nak lagi best, korang subscribe je Viu Premium. Boleh tonton drama serta movie terbaru termasuk kandungan hiburan terbaik dari Asia, skip iklan, Stream HD, muat turun tanpa had dan banyak lagi!

Melalui platform yang sama korang juga boleh menonton pelbagai kandungan eksklusif milik Viu yang tak ada dekat tempat lain! Antara siri popular Viu Original yang tak kurang hebatnya adalah ‘Keluarga Baha Don’ dan ‘Black’ yang kini dah pun dihasilkan dengan lebih daripada satu musim!

Tapi sebelum korang mula binge-watching siri lain tu, kena layan ‘GANJIL’ dulu tau!

Selamat menonton!


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nikmati-akses-percuma-viu-peluang-untuk-masuk-ke-dalam-mimpi-ganjil-diana-dengan-fattah