‘Muka Ayash Affan Macam Daddy Lah Ibu, Memang Special Sangat Hadiah Dari Ibu’ – Shuib

![|650x397](upload://2R9ImN21l3KHWzuaSANAxBhtQEo.jpeg)

Semalam, Shuib menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital hari ini. Menurut Shuib, hari ini merupakan kali pertama dia melihat dan menyentuh anak kesayangannya itu.

Artikel Berkaitan: Bakal Jumpa Ayash Affan Hari Ini, Shuib Teringat ‘Pesanan’ Siti Sarah – ‘Baby Yang Ke-4 Ni You Jaga Tau’

Artikel Berkaitan: Shuib Tangguh Hasrat Jumpa Ayash Affan Atas Saranan Pihak Hospital

‘Muka macam daddy lah ibu’

![|650x730](upload://c6vo3YzliIaSNnnqfbEdKLUDMSQ.png)

Terbaru, Shuib memaklumkan dia telah meluangkan masa selama 3 jam di hospital bersama Ayash Affan yang kini sudah pun berusia 39 hari. Shuib juga meluahkan rasa syukur kerana Ayash berada dalam keadaan sihat malah berat badannya juga kini sudah mencecah 2.6 kilogram.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikat yang cukup indah bila dapat luangan masa 3 jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.

Sementara itu, Shuib mengakui Ayash Affan adalah hadiah teristimewa yang diberikan oleh Allahyarham Siti Sarah buat dirinya dan keluarga. Menurut pelawak berusia 37 tahun ini, dia turut menyifatkan anak bongsunya itu memiliki wajah yang seiras dengannya. Tidak terhenti di situ, Shuib seakan bersedih selain berharap agar Allahyarham Siti Sarah berada di sisinya untuk meraikan hari bahagia tersebut.

Muka macam daddy lah ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu. Allahuakbar, i wish you are here sayang. I love you.

Sumber: Shuib Sepahtu


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/muka-ayash-affan-macam-daddy-lah-ibu-memang-special-sangat-hadiah-dari-ibu-shuib