Muat Naik Posting ‘I’m Good’ Di IG, Ruangan Komen Siti Saleha Dibanjiri Kata-Kata Positif – ‘Stay Strong!’

![|650x384](upload://fyTEN8mhmRYeQWgn6DPC8VB8hhi.png)

Sejak semalam, kisah rumah tangga Siti Saleha dan suami, Ahmad Lufti Azhar mendapat liputan hangat daripada pihak media. Hubungan suami isteri ini dipercayai sedang bergolak dan pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’ itu telah memfailkan kes cerai ke atas suaminya.

Artikel berkaitan: Kecoh Dakwa Rumah Tangga Sedang Bergolak, Siti Saleha Mengaku Failkan Penceraian

Terbaru, Siti Saleha memuat naik sebuah foto beserta kapsyen ‘I’m good’ di akaun Instagramnya.

I’m good

![|650x650](upload://vTIkytTaBZowgxDmARYUFnkYmq9.jpeg)

Meskipun mempunyai masalah dalam hal rumah tangga, pelakon cantik manis ini kelihatan tenang dan masih tersenyum di media sosial. Bukan itu sahaja, Siti Saleha turut memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan yang baik pada masa ini. Susulan daripada itu, rata-rata peminat dan rakan artis memberi kata-kata semangat buat Siti Saleha di ruangan komen posting tersebut.

Terima komen positif

![|650x259](upload://kcmxitozVlPB6A5Ig7Yl91tpthD.png)

![|650x111](upload://qkIvAHg3G30J9LHhVxRLzpWjpyf.png)

![|650x113](upload://i272u4ZUzoDoE3q3mgQllsNjcKO.png)

![|650x111](upload://oRoz77fNBZnSgm40m15t2Q5pSBG.png)

Selain memberi kata-kata semangat, para peminat turut mendoakan yang terbaik buat artis kesayangan mereka. Terdahulu, Siti Saleha enggan membiarkan isu rumah tangganya menjadi persoalan ramai pihak. Oleh itu, dia membuka mulut dan berkongsi kepada umum mengenai kehadirannya ke mahkamah untuk memfailkan perceraian atas kebenaran mahkamah.

Sumber: Siti Saleha


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/muat-naik-posting-im-good-di-ig-ruangan-komen-siti-saleha-dibanjiri-kata-kata-positif-stay-strong