Mira Filzah Selamat Bersalin Anak Lelaki

Pelakon Mira Filzah selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan, pada pukul 3.40 pagi Selasa.

Artikel Berkaitan: Mira Filzah Masih Ligat Bekerja, Kaki Dah Makin Bengkak

Ibu & anak sihat

Suami Mira iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar memaklumkan pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman dan bayi mereka berada dalam keadaan baik.

Malah katanya, tarikh kelahiran anak mereka sama seperti aktres berumur 29 tahun itu mengikut kalendar Islam.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.

Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) Wan Emir.

Jutaan terima kasih

Dalam pada itu, Wan Emir yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada orang ramai.

Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.

Semoga Allah SWT merahmati dan membimbing kita semua dalam perjalanan peribadi kita melalui kehidupan yang sementara ini, Amin YRA.

Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @wanemirastar


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mira-filzah-selamat-bersalin-anak-lelaki