Mas Idayu Kerap Kongsi Foto Berhijab, Peminat Doa Agar Istiqamah – ‘Sejuk Hati Tengok’

![|650x400](upload://rW3gaAwDyyz3tJd918rBJHqm5SJ.jpeg)

Penyanyi Mas Idayu, 49, telah mencuri perhatian ramai sejak-sejak akhir ini apabila sering memuat naik foto berhijab di Instagram (IG) miliknya.

Dah berhijab?

![|650x547](upload://n54HJUuB4YaX0xsioCGye2QwYcM.jpeg)

Berdasarkan pemerhatian di IG, Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mommy mula memuat naik gambar mengenakan tudung sejak awal September.

Hantaran tersebut memaparkan pemilik nama Masidayu Mesnun sedang melakukan aktivti dine-in di sebuah restoran.

Kerap muncul dengan imej mengenakan selendang, penyanyi lagu dangdut malar segar ini kelihatan lebih ayu dan manis.

Rakan artis & peminat tumpang gembira

![|650x858](upload://mFOmceP2dVypTFfzxymu4SfQCqL.jpeg)

![|650x944](upload://nEFtVuCZFfxAn39rPY668Yxzo16.jpeg)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mendoakan agar terus kekal beristiqamah dalam berhijrah.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis pelantun lagu Cintaku 100% masih mengunci mulut mengenai hal tersebut.

Terdahulu, ramai selebriti yang mula mengenakan hijab selepas awal muharam antaranya adalah Izara Aishah, Farah Nabilah, Siti Elizad, Betty Rahmad, Nana Mahazan, Fieya Julia dan Vicha.

 

Sumber: Instagram @masidayu1001


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mas-idayu-kerap-kongsi-foto-berhijab-peminat-doa-agar-istiqamah-sejuk-hati-tengok