Lepas Raya Sakan, Tengku Zafrul Luang Masa Joging Tepi Sawah Padi Di Langkawi

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat sudah kembali kepada rutin harian yang dilakukannya setiap hari. Terbaru, beliau meluangkan masa berjoging bersama rakan-rakannya dan keluarga di Pulau Langkawi.

Dapat ‘feel’ joging tepi sawah

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, Time for Leba-Run! Makan lemang, makan lemang juga. Exercise, exercise juga. Jangan sebulan puasa turun 5 kg, seminggu raya dah naik 5 kg balik! Thank you @langkawirunners sudi teman saya dan keluarga saya jogging semasa Raya ni. Dapat jugak feel jogging tepi sawah. Walaupun panas lit-lit, view yang indah makes it perfect.

Menurut Tengku Zafrul, sudah tiba masanya beliau kembali melakukan aktiviti riadah selepas menyambut Hari Raya baru-baru ini. Tambah beliau, berjoging di tepi sawah merupakan satu pengalaman yang menarik walaupun cuaca pada hari tersebut agak panas.

Ujar Tengku Zafrul lagi, Langkawi merupakan lokasi yang strategik bagi pelancongan sukan kerana keindahan dan landskap geo yang pelbagai.

Bukan sahaja sukan larian, tapi kita boleh lihat sukan air dan berbasikal juga banyak dianjurkan di sini. Komuniti tempatan juga sangat supportive, contohnya seperti @langkawirunners. Saya sendiri pun tak sabar nak tunggu Iron Man Langkawi.

Boleh bawa kasut dan baju sukan

So kalau u guys mai bercuti kat Langkawi, pack sekali kasut dan baju sukan, dan turun bersenam. Rugi kalau tak experience route-route kat Langkawi. Kalau rajin, boleh bawak basikal sekali ye, hehe. Selamat Hari Raya and happy running everyone!

Di akhir posting yang dimuat naik, Tengku Zafrul memberi pesanan kepada semua agar membawa baju dan kasut sukan sekiranya pergi ke Langkawi. Jadi korang boleh bercuti sambil bersukan!

Sumber: Tengku Zafrul


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lepas-raya-sakan-tengku-zafrul-luang-masa-joging-tepi-sawah-padi-di-langkawi