Lelaki Tak Jadi Mencuri Selepas Tergoda Tengok Kaki Janda Muda

Sekadar gambar hiasan

Pelik tapi benar! Seorang pencuri di Indonesia dikatakan mengubah fikirannya untuk mencuri selepas ‘tergoda’ melihat kaki seorang janda yang menjadi mangsa ketika itu.

Tak jadi mencuri

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, suspek, Tri Wahyudi Sutopo, 30, telah ditahan oleh pihak polis berikutan tindakannya yang dipercayai cuba mencuri barangan milik seorang janda, G,23. Difahamkan suspek ketika itu bertindak memasuki rumah mangsa bagi mencuri barangan kemas namun hasrat tersebut bertukar selepas melihat kaki mangsa.

Kejadian ini berlaku di rumah sewa mangsa pada Ahad yang lepas dan suspek sudah mengetahui wanita ini mempunyai barang kemas yang banyak. Suspek ketika itu bertindak memanjat dari atas rumah mangsa sebelum disedari oleh wanita yang ketika itu terdengar bunyi dari bilik sebelah.

Tergoda tengok kaki janda

Bagaimanapun, suspek ketika itu bertindak mengambil telefon bimbit serta barangan kemas berupa seutas rantai tangan milik mangsa. Namun, suspek akhirnya memulangkan semula barangan yang diambil sebelum melarikan diri berikutan tergoda melihat kaki mangsa dan terdapat cubaan untuk merogol wanita berkenaan.

Susulan daripada insiden tersebut, mangsa mengalami trauma yang teruk sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan motif suspek berbuat demikian adalah kerana faktor eknomi dan jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan tahun.

Sumber: Tribun News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/lelaki-tak-jadi-mencuri-selepas-tergoda-tengok-kaki-janda-muda