Kurang Tidur & Tidak Sempat Bersolek, Nikita Willy Akui ‘Postpartum’ Sukar

Golongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin tidak mudah untuk menghadapi proses baru ekoran belum cukup pengetahuan dan pengalaman.

Artikel Berkaitan: Pilih Hospital Terkemuka Di Amerika Syarikat Untuk Bersalin, Anak Sulung Nikita Willy Bakal Disambut Doktor Kylie Jenner

Bulan pertama sukar

Itu yang dirasai pelakon Indonesia, Nikita Willy yang baru melahirkan anak lelaki yang diberi nama Issa Xander Djokosoetiono pada 7 April lalu di Los Angelas, Amerika Syarikat.

Luah aktres berumur 28 tahun ini, dia menganggap bulan pertama bersama puteranya itu sebagai momen paling sukar untuk dihadapi. Kata pemilik nama lengkap Nikita Purnama Willy, emos dia terganggu, tidur tidak nyenyak dan bentuk tubuh badannya sudah berbeza.

Bulan pertama melahirkan bayi mungkin merupakan perkara paling sukar yang pernah anda lakukan.

Beremosi, kurang tidur, badan berubah, hampir tidak bersolek, rambut berminyak, badan saya bergulung dan berlipat. Saya melihat cermin dan kadang-kadang saya tidak suka dengan apa yang dilihat.

Ibu insan yang kuat

Enggan terus dibaluti rasa kurang senang, pelantun lagu Ku Tetap Menanti ini ingin berfikiran positif selain memilih untuk dikelilingi insan yang menyayangi dirinya.

Tetapi kemudian saya ingat badan saya telah melalui banyak perkara, dan boleh sembuh. Saya benar-benar pencipta kehidupan dan itu menakjubkan! Nikmati setiap momen tersebut.

Postpartum memang sukar tetapi anda pasti boleh menempuh. Saya tahu anda boleh! Kelilingi diri dengan orang yang menyayangi anda, dan ia akan membantu.

Dan ingat badan ibu sama cantik seperti sebelum ini dan kita mempunyai bayi yang comel untuk ditunjukkan sebagai bukti betapa kuatnya diri.

Terdahulu, Nikita berkahwin dengan ahli perniagaan tersohor iaitu Indra Priawan Djokosoetono pada 16 Oktober 2020 di Jakarta.

Sumber: Instagram @nikitawillyofficial94


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kurang-tidur-tidak-sempat-bersolek-nikita-willy-akui-postpartum-sukar