Keadaan Kesihatan Semakin Stabil, Shahrulezad Dedah Ramai Pesakit Covid-19 Mula Keluar Masuk Hospital – ‘Tolong Patuh SOP Terutama Di Restoran!’

![|650x308](upload://eyMGKohsqLsI1BN6AHlRdlUiq7v.jpeg)

Pengarah terkenal, Shahrulezad memberi nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga SOP sebaik sahaja keluar dari rumah. Ini kerana, jumlah kes Covid-19 di Malaysia dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa hari ini.

Artikel berkaitan: Alami Masalah Pernafasan Sebab Covid-19, Shahrulezad Sebak Tak Dapat Solat Dengan Sempurna

Hati-hati bila pergi restoran

![|650x814](upload://oIwjdRcwuFI94wZ4WHwNih7FnhM.jpeg)

Hi guys. Buat apa tu? Jaga diri tau. Kes Covid dah beberapa hari ni naik balik. Hospital tempat abang ni dah start keluar masuk dah pesakit Covid. Hati-hati ek. Especially bila dekat restoran tu. Once kita buka mask nak makan tu maksudnya kita dah start dedahkan diri kita dengan risiko. Tak kira lah kalau dah vaksin sekali pun tapi SOP tu tolong lah jaga ek.

Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat, ramai pesakit Covid-19 dipercayai keluar masuk ke dalam wad di Hospital Sungai Buloh sejak beberapa hari ini. Sebagai salah seorang pesakit yang positif Covid-19, Shahrulezad meminta semua masyarakat di Malaysia lebih berhati-hati khususnya ketika berkunjung di restoran. Tambahnya, setiap individu akan mendedahkan diri mereka dengan risiko Covid-19 sebaik sahaja membuka pelitup muka di tempat awam.

Keadaan abam alhamdullilah makin stabil. Abam dah tak pakai mesin oksigen lagi. Dada pun tak ketat sesak seperti sebelum ni. Selera makin pulih. Deria rasa dan bau dah kembali normal. Blood pressure sugar alhamdullilah terkawal. Cuma tinggal tunggu doktor release abam jer sekarang. InsyaAllah tak esok lusa abam akan balik ke rumah. Doa-doakanlah abam okay. Abam juga kembalikan doa yang sama untuk korang semua. Yang mana dah dapat temujanji booster shot tu tolong penuhi temujanji korang okay. Jaga diri.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya pada masa ini, Shahrulezad memberitahu bahawa dirinya sudah stabil dan tidak perlu memakai mesin oksigen lagi. Ujarnya lagi, deria rasa dan bau juga sudah kembali normal seperti sedia kala. Setakat ini, dia hanya menunggu keputusan daripada doktor sama ada boleh pulang ke rumah ataupun tidak.

Kongsi doa mustajab

![|650x764](upload://47AixmGi37CUIVmq8LD5NzOfZaJ.jpeg)

Oh yer abam nak share satu doa mustajab nabi Ayob bila dia ditimpa musibah kesakitan sewaktu zaman kerasulan baginda. Kalau rajin google kisah nabi Ayob ni yang mana Allah uji baginda dengan pelbagai bentuk ujian sehinggalah pada satu ketika. Ketika baginda dah tak tahu menanggung kesakitan baginda telah berdoa pada pada Allah menerusi surah Al Anbiya ayat 83.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram juga, Shahrulezad sempat berkongsi satu doa mustajab iaitu doa nabi Ayob buat mereka yang ditimpa musibah kesakitan. Katanya, doa tersebut boleh diamalkan sebagai zikir harian.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes baharu Covid-19 telah meningkat kepada 6,517 kes berbanding hari-hari sebelumnya. Susulan daripada itu, beliau memberitahu bahawa kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk pergerakan rentas negeri kepada individu yang lengkap vaksinasi sejak 11 Oktober lalu bukan punca kes Covid-19 meningkat. Sebaliknya, trend peningkatan kes tersebut berlaku disebabkan sikap culas masyarakat yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

Sumber: Shahrulezad & Utusan Malaysia


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/keadaan-kesihatan-semakin-stabil-shahrulezad-dedah-ramai-pesakit-covid-19-mula-keluar-masuk-hospital-tolong-patuh-sop-terutama-di-restoran