Kanak-Kanak Perempuan Guna Duit Raya Buat Beli Emas, Netizen Puji Pandai Fikir Masa Depan

Apabila tiba hari raya, golongan kanak-kanak yang paling gembira meraikan. Mana tidaknya, selepas sebulan belajar erti berpuasa pasti yang dinantikan adalah ganjaran yang akan diterima iaitu duit raya.

Mesti dalam fikiran sudah mempunyai perancangan sama ada digunakan untuk membeli barangan idaman ataupun disimpan di bank.

Duit raya beli emas

@diyanarazip2Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni ?? Raya Raya Raya – DOLLA

Berbeza dengan seorang anak kecil ini apabila dia menggunakan hasil kutipan duit raya dengan membeli barangan kemas. Menerusi akaun TikTok @diyanarazip, memaparkan gelagat anak perempuan berada di sebuah kedai emas.

Menurut Diyana, anaknya yang sendiri memilih untuk melabur kepada emas berbanding membeli barang mainan seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

Dalam rakaman tersebut, anak kecil yang disapa dengan nama Leia itu mengeluarkan sejumlah wang daripada sampul raya lalu dibuat pembayaran.

Bijak membeli

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan kebijaksanaan anak kecil yang sudah pandai merancang masa depan.

Di samping itu, ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila anak mereka lebih tertarik untuk mengumpul barangan kemas.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit sudah mendapat 300,000 tontonan dan 105 komen.

Sumber: TikTok @diyanarazip


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kanak-kanak-perempuan-guna-duit-raya-buat-beli-emas-netizen-puji-pandai-fikir-masa-depan