Jumpa Ekor Tikus Dalam Bakso

Seorang wanita di Indonesia berdepan detik yang tidak akan dilupakan apabila hidangan bakso yang dijamahnya itu dipercayai diperbuat daripada daging tikus.

Dakwa jumpa ekor tikus dalam bebola bakso

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fakta Kamera di Instagram, memaparkan seorang wanita menunjukkan bebola daging bakso yang dimakan olehnya.

Walau bagaimanapun, ketika sedang menikmati makanan berkenaan, wanita terbabit secara tiba-tiba terhenti daripada makan kerana dia menemui sesuatu objek yang ‘aneh’.

Di dalam video berkenaan, kelihatan objek berkenaan berbentuk panjang dan bertekstur halus seperti ekor tikus. Tidak berpuas hati dengan makanan tersebut, dia cuba untuk mendapatkan kepastian dengan memotong ‘daging’ terbabit menggunakan sudu, namun tidak berjaya kerana ianya kenyal seperti ekor haiwan.

Beli bakso dekat Karawang. Jadi trauma nak makan bakso. Dah lah malam, lapar pulak tu. Makan sekali dengan nasi, terpaksa muntahkan balik makanannya sampai perut kosong.

Geli terus simpan kat dapur dan muntahkan balik semuanya. Kalau beli lagi agak-agak daging dia yang sama tak? Saya simpan kat tempat basuh pinggan dan agaknya suami saya dah buang bakso tu.

‘Agak-agak yang tu apa ya?’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Kamera (@faktakamera)

‘Tinggal sesuap je lagi’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa takut untuk makan hidangan berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa ianya adalah bakso Mickey Mouse. 

Sumber : faktakamera, Suara.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/jumpa-ekor-tikus-dalam-bakso