‘Jangan Bersifat Taksub Dengan Jenama Mewah, Nanti Bila Mati Semua Kita Tinggalkan’ – Nabil Ahmad

![|650x355](upload://8mPT2raSw7xkQhxPnOl1VomYDEr.png)

Baru-baru ini, penampilan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan mencuri perhatian pengguna media sosial. Ini kerana, kasut yang dipakai oleh Nabil dianggarkan bernilai RM11,919.

Artikel berkaitan: Kasut Nabil Ahmad Curi Perhatian Warganet, Netizen Rajin ‘Siasat’ Harga Anggar RM11,919?

Menerusi laporan Kosmo, Nabil memberitahu dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya kepada umum.

Sudah lama beli kasut tersebut

![|650x737](upload://uobT9RHKv5BqLJ2IV7nqV3wEJ1b.png)

Saya dah beli lama kasut ini sekitar empat tahun lepas, tak sangka sekarang harga dia dekat RM12,000.

Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, kasut berjenama Air Jordan 1 Retro High OG Chicago itu dibeli dengan harga sekitar RM2096. Tambahnya, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya itu. Ujar Nabil lagi, isterinya iaitu Nazirah Ayub selalu menasihatkan dirinya agar berjimat cermat dalam berbelanja.

Saya tak tahu pun kasut yang saya pakai menjadi perbualan netizen dalam media sosial dan saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk apa yang saya pakai. Kebetulan awak telefon baru saya tahu orang sibuk bercakap tentang kasut yang saya gayakan. Dah lama beli sebenarnya kasut berstatus ‘Hypebeast’ ini. Dulu beli murah je tiadalah sampai harga berbelas ribu.

Kalau isteri tahu saya beli kasut sampai harga berbelas ribu, nahas saya (ketawa). Dia akan cakap, daripada habis duit beli kasut mahal baik habiskan duit beli tas tangan untuk dia. Inilah nasib seorang suami tapi yang penting saya memang tiada niat nak menunjuk-nunjuk kasut mahal atau apa sekalipun. Kebetulan kasut ‘kena’ dengan sut yang saya gayakan (malam itu), saya pun pakai sahaja. Tak sangka jadi buat mulut netizen.

Jangan taksub dengan jenama mewah

![|650x932](upload://e2UwRmIWDHBgBJRb1guh77rnYY8.png)

Janganlah bersifat taksub dengan jenama mewah. Nanti kita mati, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan. Jumpa Allah nanti kita bawa iman dan amal untuk dihitung. Allah tak tengok kita pakai baju atau kasut jenama apa. Mungkin kedengaran klise orang dengar ini keluar dari bibir saya tapi itulah realiti sebenarnya.

Jelas Nabil lagi, semua pakaian dan perhiasan yang digayakan olehnya itu hanyalah sementara. Dia memohon orang ramai jangan bersifat taksub dengan jenama mewah memandangkan semua itu tidak boleh dibawa ke akhirat kelak.

Sumber: Kosmo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/jangan-bersifat-taksub-dengan-jenama-mewah-nanti-bila-mati-semua-kita-tinggalkan-nabil-ahmad