Isu Lawak Lucah, Pandelela Rinong Dedah Pernah ‘Kena’ Dengan Jurulatih

![|650x517](upload://bJviMligsfZFGIlNMcqX7F3ULjm.png)

Isu lawak lucah semakin mendapat perhatian netizen sejak belakangan ini. Jika sebelum ini seorang pelajar sekolah membuat laporan polis terhadap gurunya yang membuat lawak lucah, kini giliran penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkongsi kisah sama.

Dedah pernah hadapi isu lawak lucah

![|650x525](upload://l2VYvh6peSdkVDI5G74wzJE86zp.png)

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong menerusi satu perkongsian di Twitter mendedahkan dia pernah menghadapi pengalaman hitam tentang isu ini. Jelas Pandelela, bekas jurulatihnya gemar membuat lawak lucah, namun dia hanya mendiamkan diri sahaja atau berpura-pura ketawa ketika mendengar lawak berkenaan.

Akibat tidak tahan dengan lawak tersebut, Pandelela bertindak menegur jurulatihnya itu tetapi malangnya dirinya pula dibuli.

![|650x284](upload://rA0whA4TUGA6xnm2riKwDVvVUSu.jpeg)

Apa yang dikesalkan, jurulatih tersebut tidak pernah dikenakan tindakan memandangkan dia mempunyai back up yang besar.

![|650x271](upload://jYFJODsIep8rS2YOiABDQOaS21X.jpeg)

Harap ada yang berani bersuara

![|650x502](upload://wsBW1J7QLwlNbPnrgU5i1xdl5Ds.png)

Dalam pada itu, Pandelela berharap agar sesiapa yang menghadapi pengalaman seperti ini agar berani tampil ke hadapan dan  bersuara menuntut hak mereka.

Susulan daripada itu, dia bersama para atlet yang lain merasa bertuah kerana dilindungi oleh persatuan sukan yang mengambil berat mengenai mereka.

![|650x254](upload://cfEZJh2CfeJEDq3xvMIYYEHFOVt.jpeg) ![|650x192](upload://7nzscD298dz9xFUkhQkYrrL1m91.jpeg)

Sumber : Pandelela_R


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/isu-lawak-lucah-pandelela-rinong-dedah-pernah-kena-dengan-jurulatih