Ingin Luang Masa Bersama Keluarga Mentua, Nabila Huda Tolak Ajakan ‘Selfie’ – ‘Ini Adalah Percutian Ketiga Kami Bersama Lepas 6 Tahun Berkahwin’

![|650x400](upload://xVwGN703I6N2UifN59iR8MFvRSf.jpeg)

Pelakon Nabila Huda kini sedang bercuti bersama keluarga tercinta di Pulau Pinang sebelum memasuki set penggambaran filem Telaga Suriram.

Artikel Berkaitan: Kena ‘Outstation’ Selama 45 Hari, Scha Alyahya Berat Hati Nak Tinggal Anak – ‘Awal Sangat Memahami Sehingga Saya Menangis’

Artikel Berkaitan: Kongsi ‘Scene’ Imbasan Ultrabunyi, Netizen Doa Nabila Huda & Suami Dikurnia Cahaya Mata

Nak ‘enjoy’ masa bercuti

![|650x498](upload://2ndrmtLdUJL3iZcKQVJt4QkqRsQ.png)

Menerusi Instagram Stories miliknya, Nabila atau lebih mesra disapa dengan Abil memberitahu ini adalah percutian ketiga bersama keluarga mentuanya biarpun sudah enam tahun berkahwin dengan suami, Mohd Izwan Johar.

Disebabkan kekangan masa bersama insan tersayang, Abil, 38, memohon agar orang ramai yang bertemu dengannya untuk melayan dia seperti insan biasa bukan sebagai selebriti.

Saya memerlukan waktu yang singkat ini untuk bersama keluarga mentua. Ini adalah percutian ketiga kami bersama lepas 6 tahun berkahwin.

Yup, menantu hantu betul kan? Haha. Apa nak buat.. saya sibuk. Saya akan mula bekerja minggu depan dan akan ‘outstation’ hingga bulan Mac.

Ini adalah minggu terakhir sebelum saya dibisu kan. Boleh tak saya nak enjoy my time macam korang pergi bercuti dengan keluarga juga? Saya maksudkan layan saya macam manusia biasa. Just ignore who I am.

Nak luang masa dengan keluarga

![|650x396](upload://makm9iAJSMRCr9Yp3qXSjpNczoA.png)

Dalam pada itu, pemilik nama Nabila Huda binti Suhaimi tidak menolak sekiranya ada peminat yang ingin menegur cuma dia enggan melayan permintaan untuk berswafoto.

Risau sekiranya ada segelintir yang terasa, pelakon drama Kamar Kamariah memohon maaf dengan kehendaknya itu.

Jangan risau, saya sangat peramah. Awak boleh tegur saya, nak ajak borak ke, saya okey. Saya cuma nak rehatkan diri dari ‘nak selfie boleh?’

Saya hanya nak rehat, nak luangkan masa dan borak puas-puas dengan keluarga saya kat sini. Minta maaf kalau permintaan saya ini melampau.

Sekadar info, Nabila dan Izwan diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015. Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun.

Sumber: Instagram @kupu_kupu


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ingin-luang-masa-bersama-keluarga-mentua-nabila-huda-tolak-ajakan-selfie-ini-adalah-percutian-ketiga-kami-bersama-lepas-6-tahun-berkahwin