Genap Sebulan Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Video Memasak Di IG – ‘Rindu Nak Makan Masakan Ibu’

![|650x385](upload://2JPXZiBhRl00R14lnU5PJZSqt80.jpeg)

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin sememangnya dirasai seluruh rakyat Malaysia. Allahyarham Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 terpaksa melahirkan anak pramatang secara pembedahan sebelum ditidurkan.

Artikel Berkaitan: Genap 26 Hari Pemergian Siti Sarah, Kata-Kata Shuib Bikin Tersentuh – ‘Boleh Jumpa, Cuma Lain Suasana’

Artikel Berkaitan: Cucu Kerap Gaduh, Cara Raissuddin Hamzah ‘Nasihat’ Anak Siti Sarah Undang Sebak – ‘Kalau Ibu Ada Dia Pukul Tak?’

Genap 30 hari

![|650x634](upload://cXoKIuQLkS6OZLVZbXHaIOwaAkr.png)

Semalam iaitu 9 September 2021, genaplah 30 hari pemergian isteri kepada pelawak terkenal Shuib iaitu Siti Sarah Raissuddin. Ramai dalam kalangan peminat, rakan artis dan ahli keluarga yang merindui celoteh menghiburkan pelantun lagu ‘Kesetiaan’ itu ketika ‘beraksi’ di dapur. Allahyarham juga sering menggunakan tagline ‘my style’ setiap kali berkongsi video memasak di Instagram.

Terbaru, pengendali akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah ada berkongsi satu video resepi ikan kerapu masak cili ‘my style’. Difahamkan, video tersebut merupakan video kenangan dan koleksi memasak yang masih tersimpan.

‘Musafir Rindu’ peneman Shuib

![|650x704](upload://gvHAOUG4O0g92XGyvH5eQg5s8tx.png)

Sementara itu, Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto memaparkan dirinya bersama anak-anak sedang mengaji di rumah sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu. Kasih sayang seorang suami terhadap arwah isteri yang tidak berpenghujung membuatkan diri kadangkala terkenang merindui insan tersayang itu.

Selain doa dan zikir sebagai pengubat rindu, Shuib berkongsi sebuah lagu yang berjudul ‘Musafir Rindu’ nyanyian Ramli Sarip yang didengarinya sekaligus ianya seakan memberi bayangan bahawa dia sedang menanggung rindu terhadap isteri tercinta.

Kenangan video masakan arwah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Video IG Story Shuib

Sumber: Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/genap-sebulan-pemergian-siti-sarah-shuib-kongsi-video-memasak-di-ig-rindu-nak-makan-masakan-ibu