Gara-Gara Tanya ‘Hubungan’ Suami Isteri, Budak 9 Tahun Mengaku Jadi Mangsa Cabul Bapa Lebih 10 Kali

![|650x436](upload://xw8MSn4g2zIOtnUCo7qYg7wH8LM.png)

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Indonesia trauma apabila dia ‘diratah’ bapa tirinya yang berusia 62 tahun. Lebih mengejutkan lagi apabila kejadian berkenaan bukan berlaku sekali, namun dibuat lebih 10 kali.

Perdaya kanak-kanak itu dengan duit jajan

![|650x659](upload://n7gMRVm3CBYuX2COJDWDDRYHZ5R.jpeg)

Kanak-kanak berkenaan yang ingin dikenali sebagai Kenanga akui terlupa tarikh serta waktu kejadian tapi detik-detik hitam itu masih diingat olehnya kerana ianya berlaku di dalam rumah mereka sendiri.

Bapa tirinya yang dikenali sebagai M Umar dikatakan telah menyuruh kanak-kanak malang itu untuk memegang kemaluannya serta memperdaya dengan memberikan ‘duit jajan’ jika dia ingin melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketika kejadian berlaku, si ibu yang tidak mengetahui apa-apa kerana dia baru saja bangun tidur sebelum sibuk memasak di dapur.

‘Jangan bagitau ibu’

![|650x489](upload://arytyHZtmidQNM2BdgvMBuhGfco.png)

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ogan Ilir, AKBP Yusantiyo Sandhy, kejadian terkutuk itu terbongkar apabila mangsa pergi ke rumah bapa saudaranya dan bertanya mengenai ‘hubungan’ yang dilakukan oleh pasangan suami isteri.

Terkejut dengan apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu, bapa saudaranya terus melarang untuk bercakap mengenai perkara tersebut. Walau bagaimanapun, Kenanga menyuruh bapa saudaranya itu untuk tidak memberitahu ibunya.

Jangan bagitau ibu, ayah garang ajak adik ‘buat’ perkara tu.

Walau bagaimanapun, si ibu yang terkejut mendengar perbuatan suaminya itu, akhirnya melaporkan perkara berkenaan ke Balai Polis Ogan Ilir.

Sumber : krsumsel.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/gara-gara-tanya-hubungan-suami-isteri-budak-9-tahun-mengaku-jadi-mangsa-cabul-bapa-lebih-10-kali