Ebit Lew Tersentuh Lihat Kekuatan Elyana & Suami Harungi Ujian Kehidupan – ‘Rupanya Syukur Ubat Paling Mujarab’

![|650x416](upload://8bhJEFvBKghvluJOMqktUu0b6Lu.png)

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat berkunjung ke rumah penyanyi, Elyana bagi memberi kata-kata semangat serta doa agar pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu kembali sihat sepenuhnya.

Artikel berkaitan: ‘Setiap Pesakit Kanser Harus Jalani Ujian Ini Dengan Senyuman’ – Elyana Buat Rawatan Kimoterapi Kali Kedua Hari Ini

Artikel berkaitan: Jangan Kongsi Kisah Pesakit Kanser Yang Tewas, Elyana Mohon Netizen Faham Keadaannya – ‘Saya Sedang Bertarung’

Artikel berkaitan: ‘Lebih Sebulan Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah’ – Elyana

Sentiasa ceria dan senyum

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau kanser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan elyana dan keluarga. Suaminya seorang yang baik dan kuat. Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih pada Allah.

Menurut Ustaz Ebit, Elyana sentiasa ceria dan senyum walaupun terpaksa menanggung kesakitan disebabkan penyakit kanser. Tambah Ebit, suami kepada Elyana iaitu Khairul sangatlah baik orangnya dan sentiasa menjadi peneman tatkala isterinya sering dimasukkan ke hospital.

Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan kanser dan ujian hidup. InsyaAllah kita sama-sama doakan buat elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang.

Bercerita lebih lanjut, Elyana dan suaminya tidak henti meluahkan rasa syukur sebaik sahaja mereka menerima kunjungan daripada Ustaz Ebit. Ustaz Ebit turut berasa terharu apabila pasangan berkenaan memberitahu bahawa mereka sentiasa mengikuti cara dakwahnya. Malah, Elyana dan suami berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Ustaz Ebit dan mendapatkan doa daripadanya.

Terima kasih ustaz

![|650x391](upload://2Ft4Cm7xCllqf51JTkFr97AeSdp.png)

Alhamdulillah. Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew. Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya.Banyak ilmu yang saya dapat malam ni. Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya. Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat.

Menurut Elyana pula, kunjungan Ustaz Ebit semalam, ternyata memberi semangat dan aura yang positif buat dirinya. Lebih terharu, Ustaz Ebit turut membawa buah tangan serta memberi hadiah istimewa buat dirinya dan suami. Ujar Elyana, mendengar kesusahan ujian orang lain, membuatkan dirinya berasa sangat bersyukur.

Sumber: Ebit Lew & Elyana


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ebit-lew-tersentuh-lihat-kekuatan-elyana-suami-harungi-ujian-kehidupan-rupanya-syukur-ubat-paling-mujarab